Selamat Hari Ibu


Di kesempatan yang ada, ibu ingin mengucapkan Selamat Hari ibu kepada semua ibu-ibu di seluruh dunia...

Semoga kita semua para2 ibu akan lebih di berkati dan lebih tabah dalam
mengharungi onak duri kehidupan ini... Amin...
Didiklah anak2 kita ke jalan yang benar iaitu jalan yang diredhai Allah
Anak adalah tanggunggjawab yang besar pada kita semua

Apapun doa ibu yang baik adalah sentiasa mendoakan anak2nyasupaya menjadi orang2 yang soleh
begitu juga pada si anak, hendaklah sentiasa mendoakan ibunya
yang penat lelah melahirkan dan menjaganya sepanjang hayatnya...

INGATLAH JASA SEORANG IBU DAN SENTIASA MENDOAKANNYA!! 



Pertandingan Melukis Citra Terengganu2012

kali ni, ibu ada event baru untuk kawan2.. 
Pada kawan2 yang minat melukis, bolehlah try masuk pertandingan ni...

Pertandingan ini terbuka kepada seluruh Warganegara Malaysia dan bertempat di Perkarangan Muzium Negeri Terengganu. Ia juga di bahagikan pada dua kategori iaitu kategori Spontan dan Kategori Karya Siap. 

Insyaallah Kategori Karya Spontan akan berlangsung pada 23-25 Jun 2012. Manakala Kategori Karya Siap pula akan berlangsung bermula 1 April - 10 Jun 2012.

Hadiah-hadiah menarik sedia menanti. 

Jom kita lihat apakah hadiah bagi Kategori Spontan.
Pertama    : RM3000.00
Kedua       : RM1500.00
Ketiga       : RM800.00
Sagu Hati  : RM500.00 (15 Pemenang)

Bagi hadiah Kategori Karya Siap pula akan mendapat

Peratama  : RM5000.00
Kedua       : RM3000.00
Ketiga       : RM1000.00
Sagu Hati  : RM700.00 (15 Pemenang)

Jika sekiranya ada kawan2 yang berminat, disini ibu sertakan alamat Urus setia pertandingan ni...

Urus Setia Pertandingan "Citra Terengganu 2012"
LEMBAGA MUZIUM NEGERI TERENGGANU
Bukit Losong, 20566 Kuala Terengganu, 
Terengganu Darul Iman.
Tel : 09-6321200 Faks : 09-6266164
http://museum.terengganu.gov.my
En.Fairuz Bin Karim : 012-2216977 @ En.Inche Mokhtar : 013-9970746

Ok, lah.. tu jelah ibu nak inform kat korang.. Next time kalau ada lagi event, ibu beritahu you all k!

Bob Kuman Meninggal Dunia

Salam sejahtera pada semua kawan2, moga semuanya sihat2 hendaknya..

Ingat tak post ibu pasal Bob Kuman jatuh sakit tu? Ni ibu nk beritahu pulak berita terbaru pasal beliau bahawa pelakon lawak Bob Kuman sudah meninggal dunia dalam tidur pada 3 Mei 2012 jam 4.38 petang.

Beliau menghembuskan nafas terakhirnya di rumah akibat sesak nafas. Arwah tidak sedarkan diri pada jam 3 petang lagi dan dibawa ke Hospital Sungai Buloh. Jenazah dibawa ke Kuala Sawah, Seremban untuk di kebumikan. 

Jenazah yang dibawa dengan van tiba di tanah perkuburan selepas di sembahyangkan di rumah ibunya di Kampung Sega Tengah dengan dihadiri 200 rakan dan saudara.

Ibu Allahyarham, Siti Khatijah Yassin, 69, dan isteri Allahyarham, Normah Othman, 29, enggan bertemu dengan wartawan2 kerana masih bersedih. Pemergian Allahyarham satu kejutan kerana pada akhir hayatnya Bob kelihatan semakin sihat dan masih boleh berlawak bersama keluarga. Namun kelurga beliau harus pasrah dengan ketentuan Allah.
  
Arwah di percayai menghidap penyakit jantung, kencing manis, paru-paru berair, dan obesiti. Masalah sesak nafasnya bertambah teruk serta berlarutan sejak penghujung tahun lalu. 

Ibu ada jugak dengar ketika penggambaran drama Jangan Pandang Belakang Congkak  Bob pernah sesak nafas yang teruk apabila miang buluh masuk menerusi hidungnya dan menyebabkan pendarahan yang banyak.

Ibu ada baca di facebook, twitter, dan laman sosial lain mengenai kematian Bob yang palsu.. Ibu pun tidak menyangka bahawa gurauan2 orang ramai menjadi kenyataan... Apa nak buat, memang dah sampai masanya.. cuma ibu nak pesanlah, jangan sesekali kita mendoakan perkara yang buruk pada orang lain.. Apa pun, semua ini sudah tertulis dan kita semua akan menemui ajal tak kira tua atau muda.

Apa pun, ibu sekeluarga mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan dikalangan orang2 yang soleh hendaknya. Bersama2 kita semua sedakahkan Al-FATIHAH buat Allahyarham.


There was an error in this gadget