Banjir di Terengganu semakin buruk, mangsa cecah 11,059

Ni depan rumah ma & bak ibu yerr korang, dah naik air sampai tangga dah..

KUALA TERENGGANU - Keadaan banjir di Terengganu semakin buruk dengan jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) mencecah 11,059 orang.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, sehingga jam 6 pagi Isnin, 3,221 keluarga telah dipindahkan ke 172 PPS melibatkan tujuh daerah di negeri itu. 

Daerah Besut merekodkan jumlah tertinggi mangsa banjir apabila seramai 3,765 mangsa dari 1,040 keluarga dipindahkan ke 65 PPS diikuti Hulu Terengganu (3,651 mangsa) dari 1,171 keluarga dipindahkan ke 43 PPS.

Daerah Setiu pula merekodkan 2,157 mangsa banjir diikuti Kemaman (1,008), Dungun (355), Marang (110) dan Kuala Terengganu (13).

Jelas kenyataan itu, buat masa ini hujan di beberapa tempat dan maklumat terkini banjir akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Sementara itu, menurut laman web rasmi publicinfobanjir.water.gov.my yang dikemaskini jam 6 pagi Isnin, paras air 11 sungai di negeri itu melepasi tahap bahaya.

Antara sungai terlibat ialah Sungai Besut di Jambatan Jertih, Besut; Sungai Besut di Kampung La; Sungai Dungun di Jambatan Jerangau Dungun; Sungai Berang di Kampung Menerong, Hulu Terengganu dan Sungai Peneh di Felda Mengkawang, Hulu Terengganu.

Keadaan terkini dekat rumah ma & bak ibu. mudah2an jangan lah koho naik air.. 



0 Ulasan