Tadi ibu pergi buat ultra-sound kat kklinik Air Jernih. Tiba2 timbullah idea nak bagi info pasal benda2 yang tertulis dalam buku merah tu.
1. LK/LR - Lawatan Rumah/Lawatan Klinik
2. Alb - Albumin (biasanya NIL). Albumin adalah protein yang ada dalah darah yang diperlukan oleh tubuh untuk memelihara dan memperbaiki jaringan. Selama proses dialysis, albumin dalam darah membantu pembuangan cairan dengan cara menarik cairan yang berlebih dalam jaringan kembali ke dalam darah untuk kemudian disaring oleh ginjal buatan (dialyzer).
3. Gula - Kandungan gula dalam darah
4. HB (gm%) - Hb atau Hemoglobin merupakan pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Adalah penting bagi ibu hamil mengetahui tahap Hb mereka.. di manakah tahap Hb anda?
- Hb < 9 gm% - Normal
- Hb 9 - < 11 gm% - Anemia Sederhana
- Hb > 11 gm% - Anemia Yang Teruk
Anemia merupakan keadaan kekurangan hemoglobin (Hb) di dalam sel darah merah. Apabila anda mengalami anemia, tisu seluruh badan menjadi hipoksia (kurang kandungan oksigen). Jadi kepada ibu hamil yang mengalami anemia, ibu-ibu perlu tahu mengenai kesan-kesan anemia dan tips pemakanan yang sesuai bagi membantu kembali ke tahap Hb Normal.
5. Berat Badan (kg) - Berat badan ibu-ibu tidak sepatutnya melebihi 80kg sebelum deliver. Kalau lebih dapat merah laaa. Ibu2 mungkin perlu menjalani ujian MOGTT. MOGTT adalah ujian kandungan gula bagi membuat diagnosis diabetis. Ibu2 kena minum air gula. Bacaan akan diambil sebelum dan selepas minum air gula.
Kalau nak tau info lebih lanjut cara nak ukur berat badan optimum semasa hamil ni, sila baca dari blog ini.
6. Tekanan Darah - boleh dikatakan antara ujian terpenting yang menentukan ibu2 PERGI HOSPITAL KE TIDAK.... :p Tekanan darah normal 120/70, lebih dan kurang dua2 bahaya. Nak info lagi? Sila ke sini, kalau nak info cepat dan tepat, sila ke sini. :p
7. Tempoh Hamil (ming.) - Kalau tak ingat tarikh akhir haid biasanya akan dicatat USOD. Tiada kena mengena dengan pak usop ataupun Mohd Yusop. Apatah lagi Usop Sontorian. USOD = Unsure Of Date
8. Tinggi Rahim (cm.) - Biasanya diukur dengan tape je kalau kat klinik desa. (ikut pengalaman ibu la..) Info lanjut sila klik link di no 6.
9. Kedudukan/Presentasi - Kedudukan janin dalam kandungan samada kedudukan normal, menyongsang, menyerong, atau melintang. Kalau klinik desa nurse pegang perut je boleh tau.
10. Jantung - kadar bip jantung janin anda seminit. Cth : 152/min.
11. Gerak Janin - +/+ laaaa, mass laa. Ibu pun tak paham. Tapi mengikut apa yang diberitahu, kotak ni untuk merekod pergerakan baby kita, aktif ke tidak
12. Masalah dan pengendalian - sini akan ditulis rekod nasihat yang diberi, senarai ubat, masalah ibu2, risiko yang ibu2 hadapi, dan temujanji/rujuk doctor.
13. Tarikh temujanji - Jangan lupa sentiasa check column ni.
14. Tandatangan - Jangan lupa dapatkan autograf JM @ Dr ibu2 kerana siapalah mereka tanpa peminat.
1 Ulasan
Ocuriturmu Teresa Garcia click here
BalasPadamohlasupptik