Nota Ibu Hamil

Bolehkah kehamilan menjadikan anda lebih BIJAK?

Pernahkah anda melihat diri anda memakai cermin mata, memakai getah rambut, dan lain benda yang biasa anda pakai di rumah, cuma untuk menyedarkan anda bahawa anda sentiasa memakainya, terbiasa memakainya sentiasa?

Terlupa mematikan enjin kereta, tutup suis, tutup paip air dan lain-lain hal penting. Ramai bakal ibu merasakan mereka “hilang” dan lupa untuk mengingati banyak perkara walaupun ianya mudah untuk dilakukan.

Dengan tanggungjawab baru (BAKAL IBU) ia menyebabkan minda kita agak bercelaru seolah-olah seperti meletakkan roti di dalam sinki dan meletakkan telefon di dalam peti sejuk!

Sebenarnya itu hanya mainan minda dan perasaan kita sahaja kerana badan kita kekurangan tenaga. Oleh kerana itu, pemakanan yang betul amatlah penting bagi ibu-ibu hamil. Menurut pandangan ibu, kehamilan boleh menjadikan anda lebih bijak dari sebelum kehamilan.

Dalam hal ini wanita yang akan bergelar ibu harus peka dan prihatin akan semua perkara walaupun ia remeh- temeh kerana tidak lama lagi anda akan bergelar IBU.

Bagi ibu, anda sepatutnya rasa gembira kerana anda bakal membawa cahaya dalam rumah tangga anda dan hadiah yang tiada nilainya untuk suami tersayang.

Oleh itu, perkara yang tidak relevan hendaklah dielakkan supaya rumahtangga anda aman dan harmoni.

* Anda adalah IBU yang bijak



IBU SUKA HAMIL kerana...

Mungkin semasa hamil badan kita kerap letih dan tidak bermaya sambil membawa badan makin membesar ke sana sini. Tetapi apa kata pertimbangkan segala keistimewaan yang kita (ibu-ibu) perolehi dan hayatilah sepanjang 9 bulan yang penuh makna ini.

Jika anda terlalu letih untuk memikirkannya, biar ibu yang menyenaraikannya.

Berikut adalah senarai yang mungkin anda ingin ketahui...

  1. Pastinya kenderaan akan berhenti ketika kita melintas jalan.
  2. Apabila orang lain melihat perut kita, pasti mereka akan tersenyum.
  3. Kita boleh makan beberapa banyak yang anda suka tanpa ada berasa serba salah.
  4. Kita boleh(mesti) tidur yang secukup-cukupnya.
  5. Kita dapat memberikan nama untuk baby kita.
  6. Melihat suami anda bertukar menjadi seorang bapa baru apabila dia memberikan ciuman selamat malam pada perut buncit anda.
  7. Seks: sekali dalam hidup, anda tidak perlu bimbang sekiranya anda akan hamil atau tidak. Anda boleh menikmati keseronokkannya yang sebenar.
  8. Naluri dan gerak hati yang cukup indah. Bagaikan pertama kali jatuh cinta.
  9. Kita makan banyak makanan yang berkhasiat dan minum banyak air tapi mesti lebih berhati2 dalam pengambilan makanan.
  10. Dapat merasakan kita bergerak, menendang dan sebagainya. Ini dapat   membantu menceriakan kita ketika  ‘bad mood’.
  11. Dapat dengar bunyi swith2 (degupan jantung) baby kita melalui alat Doppler.
  12. Tidak perlu berasa bimbang sekiranya ada orang melihat kita beli pakaian  bersaiz super besar.
  13. Perhatian lebih yang di berikan oleh semua orang kepada kita – suami kita sering mengurut kaki dan keluarga serta kawan2 akan kerap menelefon untuk bertanyakan khabar. Jiran menawarkan bantuan, dan pekerja pasaraya membantu membawakan barang2 berat untuk kita. Istimewa tak???
  14. Tidak perlu beratur ketika hendak menggunakan tandas awam.
  15. Tidak lama lagi, buat pertama kalinya ada orang yang akan memanggil kita ‘ibu’ dan mendengar suami kita dipanggil ‘ayah’ (kalau anak sulung laa).
  16. Tiada orang akan mengkritik jika kita menyanyikan lagu kanak2, gurindam dan dodoi(walaupun agak sumbang), orang tetap tersenyum.
  17. Kita akan ditemani ke mana sahaja kita pergi.
  18. Kena mengetahui bahawa perkara2 pahit seperti pedih ulu hati, kaki bengkak, muntah2, dan lain2 tidak kekal selama2nya.

    Dan akhirnya kepahitan (sekiranya kita pernah rasa begitu) yang anda alami itu memang berbaloi..


IBU SIHAT, BAYI PUN SIHAT

Perkara terbaik yang patut dilakukan ketika hamil adalah memastikan kegembiraan bayi anda dan kesihatannya adalah dengan menjaga diri anda sendiri.

MAKAN DENGAN CARA YANG BIJAK - Mengandung bukanlah masa untuk berdiet. Buatlah pilihan dengan memilih makanan yang sihat. Pastikan vitamin dalam badan anda cukup setiap hari, terutamanya Iron Folic, Vit B, Vit C dan Vit E. jika ibu, ibu lebih suka ambil Multivitamin/Multimineral/Pekatan NUTRILITE DOBLE X, ia amat mencukupi dan memberi tenaga. Just telan je...dah cukup. 

SENAMAN – Sederhana, senaman yang memberikan kesan yang rendah seperti berjalan, yoga ataupun berenang boleh membantu menyeimbangkan berat badan sebagai persediaan dalam proses bersalin nanti.

TIDUR YANG CUKUP – Badan anda bekerja keras untuk membesarkan bayi yang ada dalam kandungan – bantulah diri anda dengan tidur yang secukupnya sekurang-kurangnya lapan hingga sepuluh jam setiap malam.

MENJAGA TINGKAH LAKU DAN MOOD – Ketika hamil, bayi yang ada dalam perut anda boleh mendengar percakapan anda di luar. Oleh sebab itu IBU-IBU disyorkan membaca ayat-ayat suci al-quran setiap hari walupun satu ayat, insyaallah anak anda menjadi anak yang soleh dan solehah kelak. Selalulah bercakap, menyanyi dan sebagainya dengan anak dalam kandungan anda. Begitu juga dengan mood anda sama ada suka, duka, emosi dan sebagainya. Semua ini akan memberi kesan yang mendalam kepada anak dalam kandungan anda. Yang penting ceriakan diri selalu demi anak dalam kandungan. This time untuk anda dan suami belajar memikirkan untuk anak tersayang bukan seperti sebelum ini hanya berfikir untuk diri sendiri.

MENJAGA DIRI – Jangan ponteng lawatan ke klinik pranatal – mereka mempunyai peranan yang penting untuk anak anda. Jangan melakukan kerja-kerja yang  berat2 untuk mengelakkan keguguran. Jangan memanjat sambil memegang benda yang tajam. Jauhkan diri dari benda-benda yang membahayakan kesihatan anda dan bayi anda. Terutama asap rokok dan bahan kimia. Yang penting anda harus berhati-hati dan sentiasa berwaspada. Sentiasa fikirkan anak dalam kandungan anda. Ibu pernah mengalami kejadian yang tak di duga, ketika pregnant kakak, lahirkan kakak tak cukup bulan, sebab apa tu? Sebab tak hati2 masa kat pintu bilik air sampai jatuh. So, baby low. Alhamdulillah selamat lahir. Sebab tu kena selalu berwaspada supaya tak belaku tragedi-tragedi yang tak diingini. Jangan pula kita lupa, semua yang berlaku atas kehendak tuhan yang Esa. Cuma kita kena beringat dan bertawakkal.


SUSU UNTUK IBU YANG MENGANDUNG DAN MENYUSU


Welcome to  milk for life!


Dengan segala manfaat kesihatan yang ada di dalamnya, sesuailah susu digelar  “super drink”. Tidak kira tua atau muda, bakal ibu atau sudah mempunyai cahaya mata, susu adalah bahagian penting dalam diet seharian. Ia memberi pelbagai manfaat penting ke arah gaya hidup yang lebih sihat.


Semasa mengandung, keperluan terhadap beberapa jenis vitamin dan mineral meningkat lebih tinggi daripada keperluan kalori. Pengambilan makanan yang berlebihan bukanlah penyelesaiannya kerana kualiti lebih utama daripada kuantiti. 


Oleh kerana itu ibu suka mengambil Multivitamin / Multimineral/ Pekatan NUTRILITE DOBLE X, dan juga Iron Folic. Tak payah fikir banyak, just telan je dah cukup vitamin untuk ibu-ibu yang hamil. Multivitamin / multimineral boleh mengurangkan insiden kelahiran bayi yang kurang sihat dan kurang berat badan. Walaupun begitu pemakanan yang baik juga harus diutamakan kerana ia penting untuk ibu-ibu mengandung dan menyusukan anak.


Susu ibu adalah hadiah terbaik untuk anak kita kerana ia bukan sahaja membekalkan makanan berkhasiat seperti lutein dan protein tetapi juga memberi perlindungan menerusi pembinaan imuniti.


Minuman berkahsiat juga harus dititik beratkan. Minumlah lebih banyak susu daripada air manis. Minuman berkhasiat seperti soya atau protien yang dirumus untuk ibu-ibu mengandung & menyusukan anak adalah baik kerana ia membekalkan nutrien yang mereka perlukan.


“ Susu ibu adalah susu terbaik dan paling lengkap untuk si manja”


“ Justeru, anda harus berhati-hati memilih makanan dan minuman yang
berkahsiat supaya dapat membekalkan nutrien yang diperlukan
serta mengekalkan pertambahan berat badan yang sesuai.