Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum semua teman-teman. Maaflah yerr sebab ibu menyepi seribu bahasa dalam bulan Ramadhan hari tu.. Apapun sempat lagi kan ibu nak ucapkan pada semua ⤵️

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA TEMAN2 IBU 

Kan ibu ada cerita yang ibu jual lauk pauk depan rumah, tu lah jadinya bz jerr memanjang sampai ke malam. Al-maklumlah dari pagi sampai ke malam tak duduk diam, masuk jer kul 10malam dah letih nak tidur, tel pun tak sempat nak jenguk.

Apatah lagi nak pegang tengok apa2 yang patut. Bagi anak-anak jer tengok YouTube buat umpan bagi diorang tak kacau buat kijer.

Part yang paling lucunya, tak ingat ada order barang kot lazada, kurier tel tak sedar, terus kena cancel order & wang dikembalikan kesnya kurier tel, tak angkat hp 😄😁.  

Pasal resepi yang ibu janji nak share tu nanti ibu share yerr. Ibu pun memang berniat nak letak semua resepi masakan rekaan ibu sendiri dalam ni supaya senang untuk anak-anak dan semua teman-teman buat rujukan di masa akan datang. Tak adalah nak kena tulis bagai.

Ok lah setakat ni dulu, ibu mohon maaf sebab tak sempat ucap selamat hari raya awal2 & bz macam2 tak update resepi yang dijanjikan.


0 Ulasan