Bob Kuman jatuh sakit

Tadi, masa ibu keluar beli ikan, terkejut ibu dengar orang-orang kat rumah bercakap pasal bob jatuh sakit.. dalam hati ibu tertanya2 betul ker? sakit apa? bila ibu tanya diorang, diorang kata tak tahu.. apa lagi, selesai jer beli ikan tadi, terus ibu tengok kat google pasal bob.. rupanya betul bob jatuh sakit..

Pelakon dan pelawak popular, Bob Kuman kini terlantar dan mengalami kesukaran untuk bergerak di kediaman beliau di Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Berita ini dikongsikan oleh wartawan, Mazidul Akmak Sidik dalam artikel yang ditulisnya dalam blog beliau [klik di sini].

Bob juga sempat berkongsi cerita tentang tahap kesihatannya yang menurun sejak terjatuh di set penggambaran drama ‘Jangan Pandang Belakang Congkak’ di Hulu Langat sekitar tahun 2011 lalu.

Bob menjelaskan, dengan kos rawatan mencecah RM7000, pihak penerbitan drama tersebut tidak tampil menghulurkan bantuan. Sehingga kini, bob hanya mampu melunaskan separuh daripada kos rawatannya itu.

Lebih mengharukan, Bob juga berkongsi cerita bahawa dia hanya mempunyai RM36 sahaja dalam akaun banknya.

Penyakit sebenar Bob Kuman tidaklah diketaui dan keadaan bob nampaknya memang agak teruk. Beliau sekarang tidak boleh bergerak dan terpaksa bernafas menggunakan mesin oksigen.
 
Ibu sekeluarga mendoakan agar kesihatan Bob bertambah baik dan dapat mewarnai kembali industri seni negara. Ingatlah.. sakit itu datang dari Allah dan sihat itu pun datang jua darinya... 
Ibu harap bob dapat bersabar dalam menempuh ujian Allah ini.. mungkin ini cara dia memberi kasih sayangnya kepada kita.. cuma kita kenalah sentiasa ingat dan bergantung kepadanya... insyaallah hidup kita diredhai olehnya...

Kepada yang ingin menghulurkan bantuan, di sini MH Online sertakan nombor akaun bank Bob Kuman (HUSNI MOHD RAWI – Maybank – 112371007047).


0 Ulasan