Kisah Dongen dari Vietnam

Minh dan Duong
Pada zaman dahulu, ada dua orang pemuda yang tinggal di sebuah kawasan di Vietnam. Seorang bernama Minh dan seorang lagi bernama Duong. Minh tinggal berseorangan kerana dia sebatang kara. Dia seorang yang kuat dan rajin bekerja. Cerita tentang kekuatan Minh tersebar luas di kampungnya.

Duong pula seorang saudagar yang kaya-raya. Namun Duong sering menipu di dalam perniagaannya dan sentiasa mengambil kesempatan ke atas orang lain. Duong juga mendengar kisah Minh untuk kepentingan dirinya.

Pada suatu hari, Duong datang ke rumah Minh. Duong mengajak Minh kerja dan tinggal bersamanya. Dia mahu mengambil Minh sebagai saudarnya. Minh yang jujur itu menerima pelawaan Duong dengan senang hati. Lalu dia pun pindah ke rumah Duong.

Dilarikan Gergasi
Terdengar perkhabaran dari istana bahawa puteri raja telah diculik oleh gergasi. Gergasi yang ganas itu ingin menjadikan puteri raja sebagai makanannya. Berita tersebut sampai ke pengetahuan Duong lalu dia menawarkan dirinya untuk menyelamatkan tuan puteri. Lalu, raja pun bersetuju.

Sesampainya di rumah, Duong mencari Minh. Duong berkata, “Saudaraku Minh. Aku mahu kau tolong aku selamatkan puteri raja itu. Aku yakin, kau mesti dapat mengalahkan gergasi itu”. Minh yang tidak mengetahui niat jahat Duong menurut sahaja tanpa banyak bicara.

Minh pergi ke kawasan persembunyian gergasi dan Berjaya menyelamatkan tuan puteri. Gergasi dibunuh dan tuan puteri dibawa pulang. Sayangnya tuan puteri telah terkena sihir gergasi yang membuatnya tidak boleh bercakap.

Minh membawa tuan puteri pulang ke rumahnya. Di rumah, Duong sudah menanti mereka di depan pintu. “Minh, aku tahu kau sangat penat setelah bertarung dengan gergasi itu. Jadi, kau berehatlah. Biar aku sahaja yang hantar tuan puteri pulang ke istana”, pujuk Duong. Walaupun hati Minh berat, namun diikutkan sahaja kehendak saudara angkatnya itu.

Tiba di istana, Duong menceritakan bahawa dialah yang telah menyelamatkan tuan puteri . Tuan puteri sangat terkejut namun dia tidak boleh berkata-kata. Raja memutuskan untuk mengahwinkan tuan puteri dengan Duong. Duong sungguh gembira kerana dia bakal hidup mewah di istana yang besar.

Ubat Mujarab
Minh pula hanya tinggal di rumah menunggu kepulangan Duong. Dia tidak mengetahui bahawa Duong telah menipunya. Sedang dia menunggu kepulangan Duong di depan rumah, datang seorang tua menghampirinya.

 “Nak, kamu Nampak risau. Boleh Pak Cik bantu?” soal orang tua itu. “Saya ingin mengetahui nasib tuan puteri. Dia tidak boleh bercakap kerana telah terkena sihir gergasi. Duong telah membawanya ke istana”. Balas Minh. “Duong telah berbohong kepadamu nak. Ambillah ini dan ubatilah tuan puteri,” balas pak cik tua itu.

Minh dengan segera pergi ke istana dan memohon untuk mengubati sihir yang telah dikenakan ke atas tuan puteri. Pada mulanya, Raja ragu-ragu dengan kemampuan Minh. Namun, kerana puterinya masih belum sembuh baginda menurut sahaja.

“Ayahanda, Duong berbohong mengenai siapa yang telah menyelamatkan anakanda. Sebenarnya, Minh yang telah menyelamatkan anakanda, bukannya dia,” kata tuan puteri kepada ayahandanya sebaik sahaja boleh bercakap.

Raja berasa amat marah kepada Duong kerana menipunya. Duong telah dikenakan hukuman buang daerah serta hartanya dirampas. Duong berasa amat menyesal kerana telah mempergunakan Minh. Dia sedar akan kesalahannya namun tidak boleh berbuat apa-apa lagi.

Hasil daripada sikap jujurnya, Minh dikahwinkan dengan tuan puteri. Raja mengagumi keberanian Minh menyelamatkan anaknya. Atas sifat itu, Minh dilantik menjadi pegawai tentera dan hiduplah Minh dalam keadaan bahagia dan aman.

APAKAH PENGAJARAN YANG KITA BOLEH SAMA-SAMA  AMALKAN?
Pesan ibu : Bersikap jujurlah dalam setiap perkara yang kita lakukan, barulah hidup kita lebih diberkati oleh Yang Maha Esa… Amin…

Keberanian Itu


Keberanian itu
bukan setakat mampu 
merenangi lautan biru
mengharungi taufun salju
melawan gelora gelombang
menempuh ombak garang


Keberanian itu
bukan setakat mampu 
menyerang kubu
membunuh seteru
meredah hujan peluru
menahan bisa sembilu


Keberanian itu
ialah pabila kau mampu 
menunduk membunuh nafsu
yang bersarang di hatimu
yang bergelumung di kalbu





Mak Layan Anak VS Anak Layan Mak






.... Jam 6.00 Petang
Mak  berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bongsu balik dari sekolah agama. Ayah baru balik dari sawah. Ayah tanya Mak, “Along mana?’ Mak jawab, “ Ada  di dapur tolong siapkan makan.” Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?” Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.” Ayah tanya Mak, “Ateh mana?” Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?” Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?” Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.
Dua puluh tahun kemudian,

.... jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah  basah. Hujan turun sejak tengahari. Ayah tanya Along, “Mana Mak?” Along sedang membelek-belek baju barunya.  Along jawab, “Tak tahu.” Ayah tanya Angah, “Mana Mak?” Angah  menonton tv.  Angah jawab, “Mana Angah tahu.” Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?” Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh  yang  asyik membaca majalah. Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?" Ateh  menjawab, “Entah.” Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah. Ayah tanya Alang, “Mana Mak?” Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu. Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah  mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak. Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah  bertanya, "Mana Mak?" Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!” Tersentap hati Ayah mendengar  kata-kata Adik. 


Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu. Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang  sekolah.  Mak  resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak  mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?" Semakin anak-anak  Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak. Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan  memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan  bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan. 

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak  lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini. Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan  bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus  kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda  faham. 


Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak  sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."  Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur. Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur.  Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi. Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan. Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira  dan  berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan  setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak  masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak  berangkat."

Mak  minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan  balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta.  Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah , “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa  menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang  merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.” 


Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak. 

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

.... beberapa tahun kemudian
Mak Uda tanya  Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”. Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.” Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit. Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam esakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak.  Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa  Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu. Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah  telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak. Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak. Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah, "Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?".  Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah  itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini  tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik ,  Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah  hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala  Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

.... sepuluh tahun kemudian
"Ayah, ayah ....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh. Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?" Ayah  tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?"  masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa perasaan seorang ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw, ibu 3 kali lebih utama dari ayah . Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnyaSolat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. 

... Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telefon panggilan dari ibu tanpa berjawab? Renung-renungkanlah.

Kejohanan Futsal Piala Figos



Hello world!!! Ibu nak bagi satu info ni. Bagi sesiapa yang suka ngan futsal atau ada  pak we2, atau hubby2  yang berfutsal please pay your immediate attention.

Bagi memeriahkan saingan futsal tempatan, Figos dengan kerjasama Ferro Futsal akan menganjurkan  KEJOHANAN FUTSAL MENJELANG TAHUN BARU 2012  pada :

Tarikh   : 31 Disember 2011 (Sabtu)
Masa     : 4.00 PETANG  – 12 MALAM
Tempat : FERRO FUTSAL Subang Jaya

Lumayan gak. Figos Ferro tawarkan tunai RM2,000 kepada Juara, RM1,000 Naib Juara dan pemenang tempat Ketiga serta Keempat masing-masing RM400.

Ingat free keeeeer? Yuran Penyertaan RM 200 bayar dulu. Tapi bagi player2 futsal RM200 ni perkara biasa je. Diorang main 1 game  pun dah habis lebih kurang banyak tu.

Paling menarik, pihak Figos, antara rakan penaja utama Karnival Futsal Harian Metro menghadiahkan ‘Bagpack Futsal Figos’ yang berkualiti tinggi  PERCUMA! Ibu ulang. PERCUMA!!!! Ulang sekali lagi. PERCUMA!!!! untuk setiap pemain sebagai cenderahati.  Terhad kepada 100 pasukan terawal je tau!
                                                                 
Berserta HADIAH MISTERI! Untuk setiap pasukan yang mendaftar  atau membayar awal aje

  • Terbuka kepada semua pemain.
  • Tarikh tutup penyertaan adalah pada 29 Disember 2011.
  •  Dapatkan borang penyertaan dengan segera di laman rasmi facebook FIGOS Malaysia.
  • Semua borang penyertaan hendaklah di hantar ke pihak penganjur  melalui email ke  focusarena@yahoo.com atau faks ke 03-92269398
  • Bayaran boleh dibuat terus ke akaun Maybank 114085075510 atau di Ferro Futsal setiap hari bermula 24 Disember 2011.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi Nik Mohd Radzi di talian 019-3519934,019-2102442 atau Zack 019-9444334, 


atau hubungi ibu di mana2 talian hayat yang ada. Terima kasih. :P

Romantiknyeerr....


Bila ibu lihat je video ni, ingat pulak rasanya saat-saat bahagia ibu bersama ayah.. Memang romantik masa tuu... Oh, indahnya dunia saat itu...


Memang paling best dan saat paling bahagia bagi wanita apabila diri mereka dilamar oleh seorang lelaki...
Masing-masing dengan cara tersendiri, akan tetapi bagi pasangan itu sendiri, itulah saat paling romantik mereka walaupaun ada orang lain mengatakan 'tak romantik pun!'.


Macam video yang ibu kongsi ni... romantik kan?  

Setahun Yang Lalu



Tak kira hijrah atau masihi, ada baiknya kita toleh ke belakang meninjau dan meneliti apa yang telah kita lalui dan kita lakukan.

Tahun baru islam 1433 Hijrah baru muncul. Bagi yang terasa kepantasan masa yang pergi, mungkin terasa ada yang tertinggal belum disudahkan. Namun, ada juga yang mahu menyudahkan sebelum berakhirnya 2011.

Terpulang kepada diri masing-masing tetapi kadangkala ada baiknya kita menoleh ke belakang sepanjang 12 bulan lalu, meneliti apa yang kita lalui. Sesetengah orang berkata jangan pandang belakang kalau ingin ke depan tetapi secara peribadi, ibu merasakan ia perlu untuk kita menilai semula sejauh mana perjalanan dan perlaksanaan kita di atas muka bumi ini pada setahun yang lalu.

Bumi mana yang tidak di timpa hujan. Justeru itu, mana-mana kekurangan harus di perbaiki demi mencari kehidupan yang lebih baik daripada semalam. Apa yang penting, kita mengambil sedikit sebanyak perkara-perkara lepas yang dapat merubah hidup kita bertambah baik pada masa akan datang.
Yang baik dijadikan tauladan, dan yang buruk dijadikan sempadan. Apa sahaja perkara buruk yang telah berlaku pada diri kita, hendaklah kita mengambil pengajaran untuk menempuh hari-hari mendatang. Perkara yang baik pula, haruslah kita memperbaikinya supaya menjadi lebih baik.

Namun sekarang, ramai yang tidak mempedulikan semua hal terutamanya hal akhirat. Ramai yang sanggup lakukan apa sahaja bertentangan dengan agama semata-mata kerana mengejar dunia yang hanya sementara jua.

Takut ibu rasa bila difikirkan balik. Actually Allah dah beritahu segala-galanya di dalam Al-Quran tanda-tanda akhir zaman. Cuba kita fikir, adakah kita ini berada di akhir zaman? Jawapannya adalah YA. Why? Cuba kita buka mata luas-luas, banyak perkara yang berlaku sekarang seperti apa yang telah tertulis di dalam Al-Quran.

Oleh kerana itu, penting juga untuk kita pandang ke belakang apa yang telah kita lakukan dalam ‘Setahun Yang Lalu’. Adakah amal kita sudah cukup untuk kita bawa bersama bila kita di pangil kelak? Sempat kah kita beramal pada ‘Setahun Yang Akan Datang?’ 

Bagaimana kita nak mulakan kehidupan baru pada tahun baru? First, kita belajar Mengenal Allah. Sentiasa dekatkan diri kita dengannya. Sebagai hambanya, lakukan apa yang disuruh, tinggalakan apa yang di larang. Insyaallah, hidup kita tidak lagi akan rasa serba resah sebaliknya akan lebih tenang. Beramal lah selagi di beri peluang.

Semoga amalan kita di terima oleh Yang Maha Esa. Amin.. Amin.. Ya Rabbal a’lamin…

I'M BACK




ASSALAMUALAIKUM…  Hello Everybody!!

Firstly…. Ibu memohon maaf kerana telah lama menyepi tanpa khabar berita. Actually, after raya ibu very busy. Ayah pun sibuk dengan kerja. Anak-anak pun tak berapa sihat...     Kiranya macam-macam hal terjadi yang tidak dapat dielakkan. So, ibu tiada mood lah nak mengadap computer. Tu yang jadi lama tak up-date…

After that, ayah pulak tukar fikiran nak change job kat Terengganu. Kiranya perancangan mengejutlah ni..  Macam mana tak sibuk, gopoh-gapah jadinya bila buat keputusan mendadak.  Balik kerja di Negeri sendiri lah ni… So, last month, ibu busy berkemas barang-barang yang hendak di bawa balik. Susah jugak nak pindah, banyak barang yang perlu dikemaskan. Ooohhh… ibu very tired!

Lastly… I’m back! I’m back! I’m Back to Kuala Terengganu!!
So, sejak akhir-akhir ni ibu busy lah sikit because macam-macam nak dibualkan and nak dikemaskan bersama family.. Yelah kan, baru balik takkan nak duduk goyang kaki kot..  Mesti kena jumpa saudara-mara dan macam-macam hal harus diselesaikan.
.
Now, semuanya dah kembali tenang. Ayah dah start kerja.. Anak-anak pun dah dapat sesuaikan diri di tempat baru. Semua urusan dah selesai. Pendek kata hati dah lega lah… Alhamdulillah… Allah permudahkan segala hal.
Lucu juga jika ingat balik ketika mula-mula sampai Kuala Terengganu. First week, anak-anak masih lagi diam membisu tanpa kata cuma tersenyum lebar bila ditegur oleh Granfather and Granmather diorang.

Diorang masih lagi demam masa tu.. Muntah tak berhenti-henti. Orang kata mungkin kerana perubahan tempat dan cuaca. But now, suara diorang dah riuh sekampung. They’re very happy because of having more friends.

This time... ibu sibuk uruskan rumah baru yang bakal kami duduki tak lama lagi. Anak-anak pula nak start schooling next years. Busy lah leni. Akan tetapi, sesibuk mana pun ibu, ibu tetap ingat pada semua kawan-kawan ibu… I would never forget you all. Cuma nak up-date tiap-tiap hari tu susah sebab line tak ada. Apa kena dengan TM pun saya tak tahu. Bila kita buat aduan, adalah line dua atau tiga hari, lepas tu tiada balik. Tu yang dah sebulan balik terengganu, baru sekarang ibu story you all...
There was an error in this gadget