Cerita Melahirkan Abang 3

Waktunya Dah Tiba

Terkejut je dari tidur, perut ibu terus sakit yang tak terhingga. Ibu kuatkan semangat bangun dari katil pergi beritahu nurse ibu dah tak tahan dah. Cepat2 nurse panggil staff nurse yang lain untuk bawa ibu ke labor room. Tak tau macam mana nak describe, 5minit sekali mesti sakit. Staff nurse tanya ibu: “kamu ada saudara di luar?” Ibu cuba jawab “Ada, my husband. Nama dia Mohd Zulkifli”. Bergegas diorang pergi panggil ayah.

Rupa2nya kat hospital tu diorang wajibkan suami temankan isteri masa bersalin, lebih2 lagi anak sulung. Kalau ada sebab yang concrete baru hospital benarkan sedara lain. Tujuannya supaya suami tau betapa peritnya isteri nak melahirkan baby, mungkin juga supaya suami lebih cooperate masa membesarkan anak esok lepas tengok betapa susahnya nak lahirkan sorang anak. Bagus Hospital ni kan? At least, suami dapat rasa sama apa yang kita rasa. Tidak lama kemudian, ayah datang duk sebelah kiri ibu. Cepat2 ibu pegang tangan ayah kuat2 supaya dapat bertahan. Ayahlah pembakar semangat ibu masa tu. Hari ni, esok pun sama.

Waktunya dah hampir tiba, doctor check sekali lagi, nampak gayanya dah tak lama sebab dah buka 6cm, selang beberapa minit, doctor check lagi sekali n dapati jalan dah terbuka sepenuhnya. Diorang pun bergegas menyediakan alat2 yang sepatutnya untuk bersiap sedia untuk apa jua kemungkinan.

Kemudian, doctor suruh ibu push. Ibu try push, and then dengar diorang kata kepala dah keluar tapi tersekat. Sempat pulak Ibu asked ayah, ayah jawab “Yes, kepala dah keluar” Doctor suruh push again, again and again, still tak dapat. Darah dah keluar banyak. Ayah tak boleh tengok darah banyak, nanti dia muntah. So, dia tak tahan kemudian dia minta keluar jap. Bila ayah beredar je, ibu jadi tak keruan. Dalam hati, ibu kata kena push bagi jadi kali ni supaya selesai cepat. Still tak dapat. First time lah katakan, tak pandai lagi....

Seorang nurse ambil alih tempat ayah duk tadi sambil menekan perut ibu dari atas ke bawah (dekat ulu hati). Seorang lagi sedang gunting sedikit jalan keluar supaya baby dapat keluar dengan cepat. Kalau lambat, boleh menyebabkan baby lemas dalam perut. Semua staff nurse yang ada kat situ bagi semangat pada ibu dengan cara ramai2 kata pushhh pada ibu. Kamudian, ibu push again. Alhamdulillah, tanggal 13/01/06 tepat jam 12.10am, berat badan 2.8kg. Akhirnya keluar jugak si handsome ni kan... 

Lega tak terkata rasa. Perut yang ada isi tadi, ibu rasa dah tiada. Seorang nurse datang bawa baby(Abang), tunjuk n bagitahu yang ibu dapat anak lelaki. Ya Allah... putihnye anak aku. Masa tu Abang putih betul, gebu... tak macam sekarang. Lepas tu diorang pass kat ayah minta diazankan. Passing ke? Tak kot, he he he !!! Ayah memang takut pegang baby. Tak pernah dukung pun masa sebulan pertama tu, unless terdesak sangat (Adik Alang) Tu pun sebab tak de orang nak keluarkan baby dari kereta. Adik ni lain pulak ceritanye, nanti ibu cerita lain kali.



Yang di luar sibuk dengan hal di luar bersama baby, yang di dalam pulak duk sibuk bersihkan ibu. buang uri, lap darah sampai bersih cause nak kena jahit pulak ...

Selesai je, diorang pass baby atas riba ibu. Apalagi, ibu cium sepenuh hati sampai keluar air mata. Inilah bukti untuk SEGALA-GALANYA. And then diorang tolak ibu masuk wad. Masuk je, tengok ramainya, semua ada baby. Masa tu ramai yang lahir anak sulung tau.. Sukanya tengok gelagat ibu-ibu baru. Semua masih baru lagi. Banyak nak kena belajar. Apapun, inilah hadiah paling berharga dari ibu untuk suami tercinta..

Duk kat wad tak lama, cuma nak tunggu abang buang air kecil dan besar baru boleh balik. Bagus sungguh abang masa kecil, tak suka menangis. Nurse datang inject pun abang tak menangis. Keluar dari hospital, kami terus pergi rumah Pok Si ngan Su. Ibu pantang kat sana. Semuanya first time, so semua nak kena ada yang tolong ajarkan. Abang nak tahu tak? Punyalah excited Atuk ngan Opah, sampai je rumah terus atuk buat buaian kat abang tau!! Syukur alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.

Kita stop sini dulu ye abang.... next time ibu cerita lagi...  

0 comments : Apa Pendapat Anda! Terma dan Syarat ▼
Sila Ambil Perhatian:
GO GET IBU tidak akan bertoleransi terhadap tilisan berbentuk SPAM. Komen yang dilihat melampau, tidak bertanggungjawab, menghina agama dan ahli-ahlinya akan dipadam sebaik sahaja dikesan oleh IBU. Kindly respect others!!!

There was an error in this gadget