Doa untuk Yoh Ngah dan Angah

Hampir2 ibu lupa nak umumkan, esok bersamaan 1 Ramadhan Yoh Ngah dan Angah (Mak Sedara Ibu) akan berangkat ke Tanah Suci Mekah. Khabarnya akan pulang semula ke sini pada hari raya ke 4. Mari sama2 kita doakan agar perjalanan mengerjakan haji oleh mereka dipermudahkan oleh Allah Ta'ala dan mendapat haji mabrur. Kami akan buat bacaan doa selamat, semoga dipermudahkan segalanya. Insya Allah.Kawan2 yang terdekat dijemput hadir.

Kawan2 ibu, harap boleh tolong doakan keselamatan dan kemudahan kereka semasa di tanah suci. Insya Allah

Selamat Datang Ramadhan

Pertama-tamanya ku panjatkan kesyukuran kepadmu Ya Allah kerana masih memberi peluang untukku menghayati kenikmatanmu pada Ramadhan tahun ini.

Ku pohon padamu Ya Allah ampunkanlah dosa-dosaku selama ini dan engkau berikanlah peluang untuk ku menebus segala kesalahanku terhadapmu selama ini...Ya Allah kau kuatkanlah semangat hambamu untuk lebih beribadah dan lebih mengenalmu Ya Allah... Semoga ramadhan kali ini memberi 1001 makna dalam hidup ini..
Sempena menyambut awal ramadhan yang akan tiba esok, sama-samalah kita bermuhasabah diri dengan apa yang telah kita buat selama ini.. adakah kita benar2 berada di landasan yang betul atau salah? Jawapannya ada dalam keimanan dan ketakwaan masing2. Penilaian yang kita buat itu juga haruslah jujur pada diri sendiri barulah kita dapat berubah apa yang sepatutnya di ubah.

Jika selama ini kita alpa dan leka, kita bangkit semula dari kelalaian kita. Kuatkan semangat iltizam dalam diri untuk memperbaiki dan lebih memahami apa itu fardhu ain dan fardhu kifayah.

Jika kita sudah berada di landasan yang betul, maka tingkatkan lagi amalan dan pemahaman dengan lebih mendalam supaya kita tidak akan tersesat ke simpang yang berliku.
Sempena ramadhan yang penuh rahmat ni, ibu nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK kepada semua yang beragama islam terutama kepada semua kawan2. Semoga ramadhan kali ini membawa sinar baru kepada kawan2 semua. Marilah sama2 kita merebut ganjaran besar yang di berikan kepada kita dengan beribadah hanya untuknya bagi lebih mengenal Allah yang Maha Esa. Semoga segala amalan kita diterima olehnya. AMIN....

SELAMAT BERPUASA kepada semua Kawan2 IBU... Maafkan segala salah silap ibu selama mana kawan2 mengenali ibu....

Kisah Melahirkan Kakak 3

Pada keesokan paginya, ibu  tanya lagi, still nurse kata tak boleh, kena wait for doctor. Tunggu punya tunggu sampai time melawat tengahari, nurse datang kat ibu ngan ayah beritahu ibu boleh balik dan boleh pergi tengok anak jap. Nasib baik wad 16 dah di passkan untuk “ibu2” 24jam boleh keluar masuk. Lega ibu..So, hari tu kami pulang dulu. Ibu berehat kat rumah sambil perah susu untuk kakak. Hari2 ayah pergi hantar, boleh kata 3x sehari. Kadang2 ayah pergi pukul 4pagi, risau takut susu tak cukup. Padahal, catat rekod susu terbanyak sampai berlebih2. kesian tengok ibu2 yang tiada susu.

Nak tahu berapa kilo kakak lahir? Cuba teka... Tak sampai sekilo pun, 940gm je , tu pun turun 715gm 2 hari lepas tu. Nak tahu kakak besar mana? Badannya (kepala ke kaki) panjang tapak tangan ibu je.. Alhamdulillah...Allah Maha Pengasih dan Penyayang, dia mempermudahakn dalam segala hal masa tu. Susu pun banyak, rezeki lebih, gaji naik, dll. Ibu pergi jugak jenguk kakak 2x seminggu. Ada sekali, ayah baru je sampai rumah, tiba2 tel berbunyi, tengok2 doctor tel suruh kami datang hospital dengan segera, tak pulak bagitahu apa problamnya... punyalah terkejut, terus kami pergi hospital sampai ayah bawak kereta punyalah laju. Sampai je, doctor nak kami sign surat pengesahan operation nak ambil air tulang belakang. Doctor kata, kakak dah kena jangkitan virus, so nak kena check darah n air tulang belakang supaya virus tak dapat merebak ke otak. Punyalah suspen masa tu, rasa terhenti jantung jap. Sebenarnya dah banyak kali dia jadi naik biru kat muka and tak dapat bernafas. Kadang2 dia lupa nak bernafas sbb otak dia masa tu belum cukup matang lagi. Kata doktor. Tu yang kena pakai Oxygen. Oxygen paling mahal n tak pernah di pakai orang, last2 dia yang pakai. Kiranya masa tu dialah yang paling teruk. 50%-50%.

Kami pasrah... Dua bulan jugak di wad sebab semuanya bergantung  pada mesin. Walaupun dah keluar wad still kena ulang alik hospital, dalam 1month adalah dalam 4x  kena check. Lepas 3bulan, barulah jantung kakak bercantum. Lega tak terhingga rasanya, syukur padamu tuhan... The miracle baby...
Kalau nak cerita sampai malam tak habis. Apa kata kawan2 pulak yang same ngan ibu cerita pulak.
Jomlah!!! Sembang dengan ibu, ibu akan ceritakan dengan lebih lanjut tentang  baby prem (bayi tidak cukup bulan) macam kakak. Kalau ada kawan2 ibu yang sama pengalaman macam ibu jomlah kongsi sama!!




p/s : sekarang kakak dalam proses belajar memasak, baru 2hari belajar dah boleh potong kacang panjang. kira ok lah tu.. anak dara nak kena pandai duduk dapur... Betul tak??? Pesanan untuk anak dara ibu jangan malas2 ye!!

Kisah Melahirkan Kakak 2

Debaran Semakin Kencang

Selang beberapa minit doktor datang berbincang, diorang tanya ibu sama ada nak lahir Normal @ Operation? Ibu pun beritahu nak Normal. So..doktor pun bagi cadangan supaya lahir normal because 50%-50% antara hidup n mati. kalau operation risiko pada ibu pulak and doctor not expecting anything from the baby. And then ibu sign tanda setuju lahir Normal. Dari pagi sampai petang, tanggal 24.12.2006, tepat jam 6.40pm      baru lah kakak lahir.

Alhamdulillah... Allah maha besar, mempermudahkan. Kakak lahir senang  je, yelah sebab dia kecil. Selamat jugak lahir kakak walaupun keadaan dia masa tu amat kritikal, boleh kata antara hidup dan mati. Ketika itu, kami hanya berserah kepada tuhan... Hanya padamu Ya Allah....

Keadaan ibu masa tu tak sedarkan diri sebab tak makan 1hari. Diorang bagi ibu oxygen sebab tekanan darah ibu turun mendadak. So, ibu tak sempat lihat kakak lagi waktu tu.  Diorang bawa ibu ke wad biasa, sedar2 dah pukul 1pagi. Kepala pening2 lalat lagi tapi ibu gagahkan diri pergi tanya staff nurse yang berjaga malam tu sama ada boleh tak ibu nak tengok kakak, tapi malangnya diorang kata tak boleh sebab dah lewat malam. Punyalah risau hati ni, macam manalah keadaan kakak, selamat ke? Boleh bertahan tak? maklumlah lahir “prematured”. Ibu rasa lapar... so, ibu makan roti yang ayah beli ada atas meja kat katil. Selesai  makan je, terus keluar balik semua isi perut. Mungkin kesan ubat@pening lagi kot.. Baik ibu tidur jelah... tunggu sampai pagi, kot2 boleh tengok kakak.

Ibu boleh tengok kakak tak ni?... (flkir punya fikir sampai tertidur)

Kisah Melahirkan Kakak 1


Permaisuri Hatiku...

Kali ni ibu nak cerita pasal anak dara ibu sorang ni pulak... Dia ni nama je anak dara tapi kasar jugak orangnya. Almaklumlah yang lain semuanya anak teruna. Manja tetap manja macam anak gadis lain cuma lasak sikit je... satu je yang istemewanya anak gadis ibu ni... Dia lahir tak cukup bulan dan alhamdulillah masih diberi peluang untuk menikmati keindahan dunia ciptaan allah ini.. Inilah dikatakan ketentuan Allah SWT, semuanya hak mutlak miliknya. Biasanya baby lahir tak cukup bulan ni cerdik, kakak pun gitu juga. cerdik sangat.. siap pandai speak english lagi.
Ini dia pengalaman Ibu yang amat sukar, masa ibu mengandung  Kakak 4 bulan. Ibu pernah jatuh lantai depan bilik air, boleh kata kuat jugaklah, tapi tak sakit pun. Ibu pun buat tak peduli jelah. Ketika kandungan ibu masuk 5 bulan, masa pergi scan kat klinik, doktor mengesahkan peranakan ibu jatuh (baby low). Mungkin kesan  jatuh tu lah kot... Cukup je 6 bulan ibu sakit dah (sakit nak bersalin). Start sakit dari pukul 4.30pagi. Masa ayah bangun nak pergi kerja kul 6.30, masih sakit lagi kali ni memulas2 pulak. Tak boleh tidur, bila reda jap baru ibu boleh tidur sikit, tupun ½ jam je. And then, memulas2 balik perut sampai tengahari. Ayah balik kerja(1.30pm) terus bawa pergi klinik. Yang jadi tak pergi awal2 tu, ingatkan sakit2 biasa je sebab baru 6bulan. Awal lagi tu... takkan nak keluar dah kot...

Alamak!! hari tu hari ahad pulak... Mana ada klinik buka. Last2 pergi hospital. Ingat nak buat check-up je tapi tak boleh, kena register masuk dulu, baru boleh chec-up & kena still 1hari. Kitorang balik semula, sebab masa tu bimbangkan abang, tak ada orang nak tolong tengok kan. Oh..lega sikit..Mak ngah tukang sapu tak balik lagi. So, mintak tolong jaga abang  jap. Nasib abang dah biasa dengan dia, kalau tak susah jugak.

Abang menangis nak susu, ibu gagahkan badan pergi buat susu untuk abang (baru belajar minum susu tepung), kemudian ibu rasa macam tak selesa je, tengok2 darah dah keluar, apalagi.. Cepat2 tel ayah suruh naik bawak ibu pergi hospital, nasib office bawah tu je. Sampai je hospital, check2 tengok, dah buka 4cm apalagi terus kena masuk labor room. Ibu try tanya nurse boleh tak mintak ayah belikan makanan, sebab tak makan dari pagi lagi. Tup..tup.. dia jawab tak boleh dah kalau masuk sini. Laparnya ibu masa tu.. nurse tu kata takpe, dah masuk air untuk extra energy.

Belum habis lagi... panjang cerita dia. Nanti ibu sambung k....

Cerita Melahirkan Abang 3

Waktunya Dah Tiba

Terkejut je dari tidur, perut ibu terus sakit yang tak terhingga. Ibu kuatkan semangat bangun dari katil pergi beritahu nurse ibu dah tak tahan dah. Cepat2 nurse panggil staff nurse yang lain untuk bawa ibu ke labor room. Tak tau macam mana nak describe, 5minit sekali mesti sakit. Staff nurse tanya ibu: “kamu ada saudara di luar?” Ibu cuba jawab “Ada, my husband. Nama dia Mohd Zulkifli”. Bergegas diorang pergi panggil ayah.

Rupa2nya kat hospital tu diorang wajibkan suami temankan isteri masa bersalin, lebih2 lagi anak sulung. Kalau ada sebab yang concrete baru hospital benarkan sedara lain. Tujuannya supaya suami tau betapa peritnya isteri nak melahirkan baby, mungkin juga supaya suami lebih cooperate masa membesarkan anak esok lepas tengok betapa susahnya nak lahirkan sorang anak. Bagus Hospital ni kan? At least, suami dapat rasa sama apa yang kita rasa. Tidak lama kemudian, ayah datang duk sebelah kiri ibu. Cepat2 ibu pegang tangan ayah kuat2 supaya dapat bertahan. Ayahlah pembakar semangat ibu masa tu. Hari ni, esok pun sama.

Waktunya dah hampir tiba, doctor check sekali lagi, nampak gayanya dah tak lama sebab dah buka 6cm, selang beberapa minit, doctor check lagi sekali n dapati jalan dah terbuka sepenuhnya. Diorang pun bergegas menyediakan alat2 yang sepatutnya untuk bersiap sedia untuk apa jua kemungkinan.

Kemudian, doctor suruh ibu push. Ibu try push, and then dengar diorang kata kepala dah keluar tapi tersekat. Sempat pulak Ibu asked ayah, ayah jawab “Yes, kepala dah keluar” Doctor suruh push again, again and again, still tak dapat. Darah dah keluar banyak. Ayah tak boleh tengok darah banyak, nanti dia muntah. So, dia tak tahan kemudian dia minta keluar jap. Bila ayah beredar je, ibu jadi tak keruan. Dalam hati, ibu kata kena push bagi jadi kali ni supaya selesai cepat. Still tak dapat. First time lah katakan, tak pandai lagi....

Seorang nurse ambil alih tempat ayah duk tadi sambil menekan perut ibu dari atas ke bawah (dekat ulu hati). Seorang lagi sedang gunting sedikit jalan keluar supaya baby dapat keluar dengan cepat. Kalau lambat, boleh menyebabkan baby lemas dalam perut. Semua staff nurse yang ada kat situ bagi semangat pada ibu dengan cara ramai2 kata pushhh pada ibu. Kamudian, ibu push again. Alhamdulillah, tanggal 13/01/06 tepat jam 12.10am, berat badan 2.8kg. Akhirnya keluar jugak si handsome ni kan... 

Lega tak terkata rasa. Perut yang ada isi tadi, ibu rasa dah tiada. Seorang nurse datang bawa baby(Abang), tunjuk n bagitahu yang ibu dapat anak lelaki. Ya Allah... putihnye anak aku. Masa tu Abang putih betul, gebu... tak macam sekarang. Lepas tu diorang pass kat ayah minta diazankan. Passing ke? Tak kot, he he he !!! Ayah memang takut pegang baby. Tak pernah dukung pun masa sebulan pertama tu, unless terdesak sangat (Adik Alang) Tu pun sebab tak de orang nak keluarkan baby dari kereta. Adik ni lain pulak ceritanye, nanti ibu cerita lain kali.



Yang di luar sibuk dengan hal di luar bersama baby, yang di dalam pulak duk sibuk bersihkan ibu. buang uri, lap darah sampai bersih cause nak kena jahit pulak ...

Selesai je, diorang pass baby atas riba ibu. Apalagi, ibu cium sepenuh hati sampai keluar air mata. Inilah bukti untuk SEGALA-GALANYA. And then diorang tolak ibu masuk wad. Masuk je, tengok ramainya, semua ada baby. Masa tu ramai yang lahir anak sulung tau.. Sukanya tengok gelagat ibu-ibu baru. Semua masih baru lagi. Banyak nak kena belajar. Apapun, inilah hadiah paling berharga dari ibu untuk suami tercinta..

Duk kat wad tak lama, cuma nak tunggu abang buang air kecil dan besar baru boleh balik. Bagus sungguh abang masa kecil, tak suka menangis. Nurse datang inject pun abang tak menangis. Keluar dari hospital, kami terus pergi rumah Pok Si ngan Su. Ibu pantang kat sana. Semuanya first time, so semua nak kena ada yang tolong ajarkan. Abang nak tahu tak? Punyalah excited Atuk ngan Opah, sampai je rumah terus atuk buat buaian kat abang tau!! Syukur alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.

Kita stop sini dulu ye abang.... next time ibu cerita lagi...  

Cerita Melahirkan Abang 2

Cemas

Alahai, cemasnya... I don’t know how to say, cemasnya ibu masa tu. Dahlah ayah tak ada, ibu dah sakit sikit2 ni... First son lah katakan. Ibu pun tanya kat nurse “Kenapa perut saya sakit?” Nurse kata “Itu tindak balas ubat yang masuk pagi tadi, memang ubat tu nak bagi kita sakit, nak bagi baby cepat keluar”. Aik??? Biasanya ubat nak suruh hilang sakit, ni lagi nak suruh sakit. Bahaya jugak kalau dah 3hari masuk ubat, still tak sakit. Maknanya hari ke4 confirm operation.

Kawan sebelah katil ada sorang kena macam tu. Dah 3hari masuk ubat still tak sakit2, hari ke4 terus doctor bawa pergi operation n mintak suami dia sign surat keizinan. Nasib menyebelahi dia, alhamdulillah... hampir2 nak dibedah tiba2 dia sakit n terus baby keluar. Memang lah operation quite easy n tak sakit, tapi after that sakitnya tak terkata... Duduk position mana pun rasa tak betul. The next post about Big Al, Ibu will share everything ‘bout operation.

Setiap saat ibu semakin cemas n setiap jam perut semakin sakit. Hati ibu berdebar2 takut masa ibu lahirkan abang, ayah tak sempat sampai kelantan. Jauh tu... Dari Ipoh ke Kelantan ambil masa lama jugak sebab naik bas. Kalau kereta boleh gok pecut...
Pagi hari masuk ubat tu, ayah call ibu bagitahu yang dia on the way back to Kelantan. Lega rasa hati ibu dengar ayah sempat sampai petang. Bila ayah sampai je, terus keluar air mata. Cepat2 ibu sapu takut ayah tengok. Masa tu tak habis manja lagi..;)

Time melawat tiba, cepat2 ayah masuk duk kat katil ibu. Kami syok berbual sampaikan sakit pun dah tak rasa sangat sebab dah ada penawar luka depan mata.. Ada seorang makcik ni, datang melawat anaknya, tup2 dia datang n tegur ibu “Kalau nak mudah bersalin, kenalah banyak berjalan”. And then kami pun keluar ambil angin kat luar. Boleh kata, setengah jam sekali mesti memulas perut. Bila time memulas tu, terdiam jap dalam 5 minit and then sambung jalan balik. Alhamdulillah, Allah bagi kekuatan bab2 tahan sakit ni. Selagi boleh tahan, ibu tahan tapi kalau air mata keluar mesti sakit sangatlah tu.. Kalau bab sakit, air mata susah nak keluar, tapi kalau bab lain senang.

Sedang asyik kami duduk berbual belakang hospital, ibu rasa sakit sangat tapi jap jelah..
Jadi ayah ajak ibu masuk. Berbual atas katil senang sikit, ibu pun boleh baring. Time melawat dah habis. Ayah keluar dengan berat hati. Hati ibu jadi sedih macam orang putus cinta lah pulak tengok ayah keluar. Nasib katil ibu dekat ngan tingkap luar, boleh la curi2 chit-chat (lepas rindu). Leka punyalah, setengah jam lagi waktu maghrib habis. Cepat2 ayah pergi solat kat surau, ibu solat kat bilik solat yang disediakan. After that, ibu terus sambung solat isya’. Selesai je solat, ibu tertidur maybe letih sangat kot...

Ibu mana tak bangga ....

Watch this video. Lihatlah kepetahan Bunga. Ibu mana yang tidak bangga ada anak seperti ini. Tapi yang pentingnya, bukan ibu nak tunjuk kepetahan Bunga sahaja. Tengok dan hayati apa yang Bunga katakan tu. Perkataan yang keluar dari Bunga tu (walaupun Bunga tu budak kecik) patut dihayati bersama.

Cuba kita sama2 renungkan apakah bekalan (ole2 mengikut Bunga) yang kita bawa untuk mengadap Allah.
Perlukah ada sikap takabur, sombong, hasad dengki sesama kita? Semoga kita semua mendapat taufik dan hidayah daripada Allah Taala.

Tak lupa juga, kawan2 Ibu tolong sedekahkan Al Fatihah kepada Allahyarhamah Bidah binti Hassan (nenek ibu) yang baru meninggal dan Allhyarham Abdullah bin Embong (bapa saudara Ibu) yang meninggal bulan lepas. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan Allah perluaskan kubur mereka. Amin.

Cerita Melahirkan Abang 1

      
Jeng2... Di persembahkan Si Kacak tampan mempamerkan diri.... Sape pulak lah ni? Mestilah saya. Nama saya Mahkota Badrul Shah Bin Mohd zulkifli. Panjang tak nama tu? Sape bagi nama ni Si handsome? Ibu lah yang bagi… Panggil je saya Abang tau! Abang sayanggg ibu... Bila Abang besar, Abang nak jadi Manager. Saya nakal tau! Degil boleh tahan jugaklah. Nak tahu macam mana saya lahir? Nanti Abang suruh ibu ceritakan... Ibu, tolong cerita Abang lahir macam mana...

Ok, ibu ceritakan ye... Ceritanya bermula begini, seminggu lagi tiba saat yang dinanti2kan selama 9bulan. Ikut plan, kami nak balik awal, tapi kawan rapat ayah Benjamin nak kahwin pulak. So, kitorang tunggulah sampai hari majlis kenduri tu.. Selesai je kenduri kawan tu, besoknya terus kami naik bas  pulang ke kampung, On the way ibu terasa sakit sikit. “Anak sulung... belum ada pengalaman lagi.. Aiii dah nak deliver ke ni???” Takut jugak. Pergi la rumah Pak De. Dekat area Kuala Krai. Tak jauh sangat. Lepas tu kami pun pergi ke Hospital Berdekatan (Hospital Kuala Krai, Kelantan). Janji selamat je fikir masa tu.

Sesampai je, Doctor check-up. Dah buka 2cm rupanya, tapi ibu tak sakit. So, doctor suruh tinggal di wad supaya senang untuk dipantau. Masalahnya sakit mas tu kejap je, lepas tu tak sakit2 walaupun tarikh yang sepatutnya dah lepas 10 hari. Apalagi, doctor pun buat susulan lanjut untuk pemeriksaan seterusnya. Tapi apakan daya, jalan keluar tidak jugak berganjak, masih 2cm. So, doctor panggil kami berdua untuk berbincang pasal perkara ni.

Doctor bagi cadangan supaya masuk ubat selama 3 hari, kalau tak deliver jugak kena operate lah.Keesokan paginya, ibu dimasukkan ubat. Tapi sedih, masa tu ayah tak dapat temankan ibu kerana ayah sudah ke Ipoh untuk temuduga kerja. Tapi ayah janji akan terus balik sebaik selesai temuduga. Masa tu ayah mintak keje gomen. Rumah orang tua atau anak yatim, either one. ( Ayah janji tau!! )    


Lagi Berita Kematian

Allahyarham Bidah binti Hassan. Orang yang jaga ayah sejak dari kecil. Segala-galanya dibuat untuk membela cucunya seorang. Sudah sampai masanya untuk beliau pergi. Dia cukup tunjuk kasih sayangnya pada ibu. Kali terakhir jumpa ibu cium dia cukup-cukup. Selalu allahyarhamah bergurau senda ngan ibu kalau ibu balik. Ibu panggil dia mak. Tok ki bak dah tak ada. Cek tok pun dah pergi. Itulah satu-satunya tempat ibu bermanja. Orang yang kami sayang dah pergi. Ya Allah, janganlah kau putuskan kudratku untuk teruk berdoa untuk dia. Janganlah bagi kami terlupa kepada beliau walau selama mana beliau tinggalkan kami. Ibu tak pernah dapat kasih sayang dan kemesraan seperti yang mak bidah bagi selepas cek tok tiada. Ya Allah, bagilah kami redha seikhlas-ikhlasnya terhadap pemergian mak.

KAWAN2 IBU, ADIK2 IBU, SESIAPA SAHAJA YANG BACA BLOG NI KALAU BOLEH SEDEKAHKANLAH AL_FATIHAH KEPADA ALLAHYARHAMAH. YA ALLAH, KAU AMPUNKAN LAH DOSA2 BELIAU, LAPANGKANLAH KUBUR BELIAU, LETAKKANLAH BELIAU DALAM GOLONGAN ORANG2 BERIMAN.

Perginya Mak Bidah buatkan ibu rasa macam dah tak ada orang yang nak bela ibu lagi selain ayah dan anak-anak. Ibu percaya takkan ada orang yang boleh tunjuk kasih sayang yang lebih murni dari yang mak bidah bagi, segala-galanya ikhlas untuk ibu. Ibu yakin, sebab orang yang berpura2 sebenarnya telah menzahirkan perkara sebenar lebih awal lagi. Itu bukan sifat untuk Mak. Al Fatihah.

Lawak Kedai Makan


Pagi Jumaat biasanya pagi pagi untuk ibu bermesra bersama keluarga. Hari ni ayah cuti. Abang and kakak baru balik dari sekolah. So, sempena masa berkumpul ni jom pakat tengok sitkom kedai makan. Lawak versi kelantan.

 

Ada satu lagi. Ni lagu je laaaa. Tapi boleh kata tak puas la ibu tengok. Said yang nebeng sikit tu. He he he
 
We wish u live happily ever after....

SPECIAL POST FOR ALLAHYARHAM YOH DE

Namanya Abdullah bin Embong. Dikatakan antara orang yang paling berjasa kepada ayah. Mungkin antara orang yang paling ayah sayang. Bila orang yang disayangi ayah bermakna kami sekeluarga pasti akan turut menyayangi beliau. Beliau banyak berjasa kepada ayah. Allahyarham mendahulukan Ayah dalam banyak perkara. Tak dibezakan antara anak beliau sendiri dengan ayah. Selama 2 tahun beliau jaga ayah not even sekali pun ayah tak pernah ada terasa hati, walaupun sedikit. Ni ibu tau (ayah cerita) sebelum allahyarham meninggal lagi. Kami pun baru tahu allahyarham dah pergi. Tak dapat berita dari sesiapa.

Ya Allah, jauhkan lah Allhyarham dari segala azab kuburmu ya Allah. Jauhkanlah dia dari siksaanmu ya Allah. Lapangkanlah kuburnya dan tenangkanlah rohnya. Moga beliau tergolong dalam golongan orang yang beriman.

Kawan2 yang baca post ibu, harap boleh sedekahkan Alfatihah kepada beliau. Al Fatihah

Hari Sukan Sekolah Abang & Kakak

Maaf lah lambat sikit ibu masuk gambar hari sukan ni. Bukan apa, ayah sakit dua tiga hari ni. Kena kayap kat lengan kanan. Tapi kuat lagi tangan tu kot :)) Ni ha... gambo abang ngan kakak pakai uniform



Kakak join ais krim gergasi. Sepatutnya menang no 3. Tengok la video tu... Melopong la kakak and the geng.
Kakak yang pakai tudung biru tu. Masa "Bersih 3.0" kena kemukakan isu ni.

Yang ni video kakak and abang main gelung rotan. Tapi jadi pak pacak je lah. Menang kalah adat pertandingan. KALAH for sure.He he he. Tapi dapat la medal saguhati. Tu pun sekampung diorang cerita.
Ni yang tak tahan ni. Ramai-ramai orang yang sibuk hari tu, ni lah budak yang paling sibuk. Macam-macam benda yang di sebokkan. Dapat air SENYAPPP
Itulah alkisahnya hari sukan budak-budak ni. Teruk jugak lah kami kena jemur panas hari tu. See ya next post

Pertandingan Mengarang Cerpen

Berita Menarik!! Di sini ibu ada satu berita yang nak diwawarkan kepada kawan2. Ibu ada terbaca dalam peper SINAR HARIAN satu peraduan yang cukup menarik untuk kawan2 yang minat menulis cerpen iaitu peraduan Jom Tulis Cerpen. Kalau ada kawan2 yang berminat, bolehlah dapatkan SINAR HARIAN hari ini juga. Jika bertuah, cerpen kawan2 akan diterbitkan dalam satu antologi. Kelab PROSTAR Malaysia dengan kerjesama Grup Buku Karangkraf sedang mencari bakal penulis. Hantarkan karya-karya ‘masterpiece’ kawan2 untuk mereka nilai dan nantikan berita gembira daripada mereka sekiranya karya kawan2 menepati criteria yang ditetapkan. Bukan itu sahaja, cerpen-cerpen yang terpilih akan dijadikan antologi, akan terjual di semua kedai buku. Ya… kawan2 bakal menjadi penulis yang terkenal suatu hari nanti!.

TEMPAT PERTAMA: RM1,000
TEMPAT KEDUA: RM750
TEMPAT KETIGA: RM500
TEMPAT KEEMPAT – KESEPULUH: RM100
SAGUHATI: BAUCER BUKU BERNILAI RM50 X 25 orang

    Syaratnya? Mudah saja…!

1.    Terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 17 tahun dan ke atas.
2.    Semua tulisan mesti dalam Bahasa Melayu.
3.    Tarikh tutup penyertaan : 31 JULAI 2011.
4.    Setiap tajuk penyertaan adalah bebas tetapi hendaklah berdasarkan tema yang diberikan iaitu “SAYA HIDUP POSITIF, ANDA BILA LAGI?”.
5.    Panjang minima cerpen dalah 3000 patah perkataan.
6.    Cerpen hendaklah karangan asli dan tidak pernah di terbitkan dalam mana-mana penerbitan.
7.    Setiap penyertaan hendaklah menggunakan kertas berukuran A4, bertaip selang 2 baris dalam satu muka surat sahaja dengan jenis font ARIAL bersaiz 12 sepanjang 10 halaman.
8.    Penilaian hasil tulisan akan berdasarkan criteria pihak juri sendiri dan keputusan adalah muktamad.
9.    Setiap penyertaan adalah menjadi hak milik penganjur dan pihak penganjur berhak menyunting, menerbit, dan mencetak bahan tersebut.
10.    Hantarkan cerpen anda berserta borang di bawah (Dapatkan borang dalam surat khabar SINAR HARIAN).

Hantarkan borang dan cerpen ke alamat berikut :
Pertandingan Jom Tulis Cerpen
Jabatan Editorial
Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd
Lot. 2, Jalan Sepana 15/3,
Off Persiaran Selangor,
40200 Shah Alam, Selangor.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi : 03 – 51013888 sambungan 322 & 339

Peristiwa Isra' dan Mi'raj Nabi Muhammad SAW

1. Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.
2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan);
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
- Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).
- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
- Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
- Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
1. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
11. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.
111. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.
1v. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
v1. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
v11. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”. Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberapa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
11x. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
1x. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
x. Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
5. Selepas Mikraj
Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.
(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Mafhum Firman Allah S. W. T. : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1). wallahua’lam..

Hawa Nafsu Dorong Penyakit Hati

Ketinggian dan kemuliaan seseorang manusia menurut islam bukan diukur berdasarkan kekayaan, pangkat, atau keturunan yang dimilikinya.

Sebaliknya, ia dilihat daripada sudut ketakwaan dan keimanan kita kepada Allah SWT di samping kesucian hatinya yang bebas dari sifat mazmumah(tercela).

Rasulullah SAW menjelaskan perkara ini ketika ditanya seorang sahabat kepada baginda bahawasanya: “Wahai Rasulullah, siapakah di kalangan manusia yang terbaik?
Lalu baginda menyatakan: “Orang mukmin yang bersih hatinya” Namun ditanya sekali lagi: “Apakah maksud orang yang bersih hatinya?”

Rasulullah SAW terus menyatakan: “Orang yang bertakwa serta bersih hati adalah mereka yang tidak menderhaka, tidak bersifat khianat, tiada dendam dan tiada hasad dengki dalam dirinya”. (Riwayat ibnu majjah)

Seseorang yang tipis dan tidak kuat imannya akan mudah dihinggapi penyakit hati, kerana penyakit ini muncul dari dorongan hawa nafsu yang jahat dan hasil godaan syaitan laknatullah yang sentiasa ingin menyesatkan manusia. (Itu janjinya)

Berdasarkan penjelasan di atas, bahawa sesungguhnya sifat-sifat yang tercela itu haruslah di jauhi oleh kita semua. Akan tetapi apa yang kita lihat dunia hari ini, sifat yang tecela ini amat berleluasa tak kira bangsa, lelaki atau wanita, muda atau tua, berlainan warna kulit mahupun berlainan agama.

Sifat-sifat ini boleh membawa kepada perlakuan tidak adil atau berlaku zalim terhadap sesama manusia. Jelas dalam sabda Rasulullah SAW bahawasanya: “Jauhkan diri kamu daripada hasad dengki, sesungguhnya hasad merosakkan amalan kebaikan sebagaimana api memakan kayu kering”.

Selain itu, dalam menghadapi kehidupan ini,umat islam hendaklah menjauhi sifat takbur dan sombong kerana ia sifat yang tercela dan dibenci Allah SWT. Seseorang yang memiliki sifat takbur dan sombong akan mebuat dirinya terlupa sebagai makhluk Allah yang tiada apa-apa.

Perlu kita sedari, jika kita mempunyai sesuatu kelebihan, ia sebenarnya adalah pinjaman dan semuanya datang daripada Allah SWT bagi tempoh sementara sahaja. Pada asalnya sifat sombong itu adalah sifat iblis yang dulunya diketahui tidak mahu sujud kepada Nabi Adam AS di dalam syurga sebagaimana diperintahkan oleh Allah.

Ini kerana iblis beranggapan dirinya lebih mulia dan hebat lantaran asal kewujudannya dari api, sementara Nabi Adam pula dari tanah. Jelas di sini, sifat-sifat tercela ini apabila wujud dalam masyarakat, ia bukan hanya akan membawa kerosakan, malah orang yang bersifat demikian turut menerima padahnya.

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: “...Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu bahaya kebinasaan dengan sifat bakhil, dan perbaikilah dengan sebaik-baiknya segala usaha dan perbuatan kamu, kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha perbaiki amalannya”.

Oleh itu sama-samalah kita menyucikan hati kita dengan menghindari sifat tercela ini supaya kita mendapat rahmat daripda Allah SWT. Mrilah bersama-sama kita berusaha supaya kita sentiasa ingat kepada Allah SWT, kerana semua yang ada dan terjadi di muka bumi ini adalah hak miliknya semata-mata.          
There was an error in this gadget