Salam Perkenalan

Alhamdulillah, akhirnya hajat ibu nak ada blog sendiri tercapai juga. At least something for ibu. Seronok tengok blogger yang dah berjaya macam “babyibu”. Siap ada housewife yang dapat buat business online lagi, ibu bangga.. Oklah... Untuk post pertama ni, macam tak sesuai kalau ibu tak perkenalkan keluarga ibu dulu. Ramai kawan-kawan yang duk tanya pasal anak-anak la, hubby la, nak tengok gambar la. Almaklum la lame tak jumpa. Jadi bab ni kene publish jugaklah.

K, Nama ibu Nurul Fatihah. My Hubby Mohd Zulkifli. Anak-anak 4 orang, 3 lelaki 1 perempuan. Ada lagi yang akan datang. Almaklum la nak sembilan ;) sekarang tak buat apa2, jadi fulltime housewife. Cuma sekarang ni berjinak2 dengan product review untuk klickbank dan amazon.com. Ibu pun ada juga cita2 nak jadi usahawan berjaya akan datang...tapi tak dapat seru lagi..insyaallah suatu hari nanti...doakanlah ibu ye!!!

Anak ibu yang first namanya Mahkota Badrul Shah. Best kan nama tu (perasan lak aku). Ibu sendiri yang bagi nama tu. Walaupun namanya panjang berjela, nak panggil senang je. ABANG. Sekarang ni dah masuk 5 tahun. Sekolah tadika. Hobby abang makan.

Yang kedua Intan Shakira. Mummy bagi nama tu. Pun umur 5 tahun.Si Abang tu born in January, KAKAK born in December – same year. Si kakak ni born prematured - banyak kesahnya. Jadi ibu kene citer dalam post yang lain later. Hobby kakak membaca dan menulis. Handwriting dah macam budak darjah 6.

Yang ke tiga Mahkota Mahmud Shah. 4 tahun. Dr Azmi yang pilih. Panggil ADIK je lah. Walaupun dah ada adik bawah dia, still nak suruh panggil ADIK @ ADIK ALANG. Tak moh kalau panggil ABANG ALANG ke, ALANG ke, nak ADIK gak. Hobby adik tidur.

Yang ke empat Mahkota Al-Idrus Shah – 1 tahun. Ayah yang bagi nama ni. Best tak? Kami panggil BIG AL. Jangan panggil Adik Al, kakak ngan adik marah. Panggil either BIG or BIG AL. Sesuai ngan name die, memang budak ni berlagak macam orang besar.He he he... Hobby dia panjat kerusi ngan kemas rumah (punggah barang dalam almari).

Yang classnya...abang panggil ibu dengan panggilan ibu, Kakak pula kadang2 panggil ibu kadang2  mommy, adik panggil abu(pelat lagi tapi kekal kot), big al pula panggil mama (ni kes tengok ads susu Dutch Lady baru yang lagu mama...mama...tulah). Amacam...boleh catat rekod tak?

Ok lah, banyak lagi dalam kepala ibu ni. Tapi untuk 1st post rasanya cukup la kot. Kang orang kate syok sendiri pulak. Terima kasih kepada semua pengunjung blog ibu. Kawan-kawan ibu, lame dah tak jumpa. Miss you all.

0 comments : Apa Pendapat Anda! Terma dan Syarat ▼
Sila Ambil Perhatian:
GO GET IBU tidak akan bertoleransi terhadap tilisan berbentuk SPAM. Komen yang dilihat melampau, tidak bertanggungjawab, menghina agama dan ahli-ahlinya akan dipadam sebaik sahaja dikesan oleh IBU. Kindly respect others!!!

There was an error in this gadget