Assalamualaikum dan selamat malam semua.. Malam ni ibu nak share pada korang kisah seorang remaja lelaki berusia 17tahun telah ditembak oleh pengawai polis di Paris.
Penembakan polis terhadap remaja berusia 17 tahun bernama Nahel M, 17, telah mencetuskan pergolakan rusuhan di kota-kota di seluruh Prancis, terutama Kota Nanterre di sebelah barat Paris tempat dia dibesarkan.
Siapakah Nahel M? Korban penembakan polis ini adalah seorang anak tunggal yang dibesarkan oleh ibunya. Dia bekerja sebagai penghantar makanan dan bermain liga rugby.
Mereka yang mengenalnya mengatakan dia sangat dicintai di Nanterre, tempat beliau tinggal bersama ibunya, Mounia.
Dia telah memberikan ciuman besar kepada ibunya sebelum dia pergi bekerja, dengan kata-kata “Aku menyayangimu, ibu”. Setelah itu remaja itu di khabarkan telah mati di tembak polis ketika sekatan lalu lintas dijalankan.
Demonstrasi ini terjadi akibat kemarahan orang ramai atas penembakan yang menewaskan seorang remaja berusia 17 tahun di Nanterre, pinggiran Paris, setelah pemuda itu diduga gagal mematuhi arahan polis untuk menghentikan keretanya.
"Remaja itu sedang memandu kereta sewa di pinggiran barat Paris pada Selasa pagi ketika polis menghentikannya kerana melanggar beberapa peraturan lalu lintas," kata pendakwa raya, dikutip Al Jazeera.
Sebuah video yang beredar di media sosial, yang disahkan oleh agensi berita Prancis, AFP, menunjukkan dua anggota polis berusaha menghentikan kendaraan, salah satunya menghalakan senjatanya ke pemandu melalui tingkap dan menembak dari jarak dekat ketika pemuda tersebut memutuskan untuk terus memandu.
Kenderaan itu bergerak beberapa puluh meter sebelum berlanggar. Anggota bantuan kecemasan cuba menyelamatkan remaja itu di tempat kejadian tetapi dia meninggal dunia tidak lama kemudian.
Penduduk setempat mengadakan protes di luar balai polis. Ketegangan meningkat pada Selasa malam antara polis dan peserta demokrasi yang menyalakan api, membakar kereta, menghancurkan perhentian bas dan melemparkan mercun ke arah pihak polis yang membalas dengan gas pemedih mata dan bom asap
Media tempatan menampilkan cuplikan video yang diviralkan di media sosial tentang pertembungan pemuda vs polis hingga larut malam, termasuk klip yang menunjukkan protes yang juga berlaku di Paris.
Anggota yang dituduh menembak remaja tersebut telah ditangkap atas tuduhan pembunuhan.
Menteri Dalam Negeri Prancis Gerald Darmanin mengatakan kepada parlimen bahawa dua anggota polis yang terlibat sedang disoal siasat, juga mengakui bahawa video yang diviralkan di media sosial berkenaan insiden penembakan itu 'sangat mengejutkan'.
Sebuah team yang terdiri dari tiga peguam mewakili mangsa mengesahkan korban berusia 17 tahun sebagai Nael M. Dalam sebuah pernyataan, para peguam menolak pernyataan yang dilaporkan oleh polis bahawa nyawa anggota terbabit dalam bahaya kerana remaja tersebut mengancam akan melanggar mereka.
Yassine Bouzrou, seorang peguam keluarga tersebut, mengatakan kepada media tempatan bahawa sementara semua pihak harus menunggu hasil penyelidikan, gambar-gambar dan video itu "jelas menunjukkan seorang anggota polis membunuh seorang pemuda secara bersahaja.
Setelah rekod 13 kematian akibat penembakan polis di Prancis ketika sekatan lalu lintas semenjak setahun lalu, ini adalah penembakan maut yang kedua dalam keadaan seperti itu di tahun 2023.
Tiga orang mangsa tewas akibat penembakan polis setelah menolak untuk mematuhi arahan sekatan lalu lintas pada tahun 2021 dan dua orang di tahun 2020.
Apa pendapat korang tentang isu nie? Ada yang mengatakan remaja tersebut yang salah, ada yang mengatakan polis yang memulakannya. Apapun tindakan yang diambil itu memang terburu-buru. Acu korang komen cikit!! 😉
0 Ulasan