Puding Lumut Butter


Bahan-bahan Puding Lumut

1 paket serbuk agar² (10gm)
150 gm gula pasir
125 gm santan pekat
550 ml air
100 ml jus pandan dari 10 helai pandan
2 biji telur (pecahkan, kacau lebih kurang sahaja menggunakan garpu) 
1/4 sdt garam
1 sdt esen vanilla
1 sdt pewarna hijau 

Cara-caranya

~satukan kesemua bahan, kacau sebati.. tapis jika perlu
~didihkan dengan api perlahan
kacau sesekali sahaja
~apabila lumutnya timbul di permukaan, tutup api dan biarkan wap panasnya hilang
~tuang ke dalam acuan/loyang
~sejukkan

***utk loyang brilliance nordicware..
1 1/2 adunan puding lumut 


Bahan Puding Mentega

Bahan A
3 biji kuning telur
100 gm mentega dicairkan
1 sdt esen vanilla
1/2 tin susu pekat manis
(kacau sebati menggunakan whisk/ketepikan) 

Bahan B
1 paket serbuk agar² 
4 sdb gula pasir
550 ml air

Caranya
~masak Bahan B sehingga larut dan meruap²
~kemudian masukkan Bahan A, kacau sebati 
~biarkan mendidih/tutup api
~tunggu sehingga wap panasnya hilang, tuang ke atas puding lumut
~sejukkan

P/S: ***cakar2 sedikit permukaan Puding Lumut baru tuang adunan Puding Mentega

0 Ulasan