Malam Lailatulqadar



Malam lailatul qadar adalah malam yang istimewa bagi umat Muslim di seluruh dunia. Pada malam tersebut, Allah SWT pertama kali menurunkan wahyu berupa ayat-ayat Alquran kepada Nabi Muhammad SAW melalui malaikat Jibril. Lantas, bagaimana pengertian malam lailatul qadar itu sendiri?

Apa Itu Malam Lailatul Qadar?
Dari segi bahasa, lailatul qadar terdiri atas dua kata, yaitu 'lail' yang artinya malam, sedangkan qadar' sendiri memiliki makna yang beragam.

Menurut buku berjudul Sukses Berburu Lailatul Qadar karya Muhammad Adam Hussein, malam lailatul qadar adalah malam yang penuh dengan kemuliaan. Seseorang yang mendapatkan keberkahan di malam itu, maka ia akan mendapatkan pahala yang berlipat ganda.

Malam lailatul qadar hanya akan terjadi pada bulan Ramadan, sehingga ketika Ramadan datang akan banyak pula orang yang siap berburu untuk mendapatkan pahala ganda dari malam lailatul qadar.

Menurut buku berjudul Jaminan Mendapat Lailatul Qadar karya Ahmad Sarwat pula, malam secara ketentuan syariat adalah rentang waktu yang ditandai mulai dari terbenamnya matahari di ufuk barat hingga terbitnya fajar di ufuk timur.

Malam dimulai dari terbenamnya matahari sebagaimana disebut dalam Alquran, "Kemudian sempurnakanlah puasa itu (datang) malam." [QS. Al Baqarah: 187].

Malam diakhiri dengan terbitnya fajar yaitu masuknya waktu subuh, sebagaimana disebutkan di dalam Alquran, "Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar." [QS. Al Qadar: 5].

Maksud Lailatul Qadar

Apakah yang dimaksudkan dengan lailatul qadar?

Lailatulqadar (لیلة القدر‎) merupakan satu malam yang istimewa di Bulan Ramadan.

Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan.” — Surah al-Qadr: 1-3

Lailah yang memberi maksud apabila tenggelamnya matahari sehingga terbitnya fajar (malam)

Al-Qadar pula memberi maksud kemuliaan atau hukum dan ketetapan

Para ulama berbeza pendapat apabila Qadar disandarkan kepada malam. Ada ulama berpendapat ianya kerana kemuliaan dan terdapat juga pendapat-pendapat lain. Ibn Qudamah berpendapat malam qadar ialah malam yang mulia, diberkati, diagungkan dan mempunyai banyak kelebihan.

Para ulama berpendapat, sebaik-baik amalan soleh adalah pada malam Qadar yang mana ianya lebih baik daripada seribu bulan. Hal ini, berdasarkan nas yang terdahulu.

Ini adalah panduan lengkap berkaitan dengan Malam Lailatul Qadar. Panduan ini akan menerangkan secara lengkap mengenai amalan-amalan yang digalakkan pada 10 malam terakhir Ramadan, seperti:

  • Solat sunat yang digalakkan
  • Doa malam Lailatul Qadar
  • Tanda-tanda Lailatul Qadar dan kelebihannya
  • Dan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan pada malam yang mulia ini.Antara kelebihan malam ini ialah:
1. Dikatakan lebih baik daripada seribu bulan.

Imam al-Qurtubi berkata:

Malam Qadar mempunyai kelebihan kerana banyaknya keistimewaan dan malam tersebut dibahagikan kebaikan yang banyak yang tidak terdapat seumpamanya pada seribu bulan. Ramai ulama dan ahli tafsir berpendapat amalan dilakukan pada malam Qadar lebih baik daripada seribu bulan yang tiada padanya malam Qadar.

2. Malaikat dan Jibril turun pada malam tersebut. Imam Qurtubi berkata:

Mereka turun daripada setiap langit dan juga Sidratul Muntaha ke langit dunia untuk mengaminkan doa orang yang memohon pada malam tersebut hingga waktu fajar.

3. Turunnya malaikat dan Jibril membawa rahmat dengan perintah Tuhan.

4. Mendapat keselamatan dan kebaikan semuanya tanpa sebarang kejahatan hingga keluarnya fajar.

Al-Dahhaq berkata: Allah tidak takdirkan pada malam tersebut kecuali keselamatan.

Sedangkan Mujahid berpendapat:

Ia merupakan malam selamat di mana syaitan tidak mampu untuk melakukan sebarang kejahatan pada malam tersebut.”

Lihat Tafsir al-Qurtubi 20/133.



0 Ulasan