30 Hari 30 Resepi Menu 7



Menu 7

RESEPI AYAM MASAK MERAH


BAHAN- BAHAN :-

1 biji bawang besar *

3 biji bawang putih *

*Dikisar bersama

Ayam 5 ketul

Serbuk kunyit

2 sudu besar cili kisar - ikut nak pedas mana

2 sudu besar sos tomato

Garam

Gula

1 biji bawang besar potong gelang

1 biji tomato potong kecil2


CARA-CARA :-

1. Gaulkan ayam dengan kunyit dan garam. Goreng tidak terlalu garing. Angkat dan toskan.

2. Panaskan sedikit minyak dari minyak gorengan ayam tadi.. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.

3. Masukkan cili kisar. Tumis sehingga pecah minyak. 

4. Kemudian masukkan sos tomato, & gula. Tumis hingga naik bau.

5. Masukkan bawang besar & tomato. Kacau rata sehingga tomato dan bawang layu. 

6. Last sekali masukkan ayam. Gaulkan sebati & mendidih sikit dah boleh tutup api. Angkat dan hidangkan..


Menu 7

RESEPI DAGING MASAK KICAP SIMPLE 


BAHAN-BAHAN :-

150g daging di potong kecil

1/2 biji bawang holland potong gelang

1 biji bawang merah *

1 biji bawang putih *

* dikisar bersama

Kicap manis jalen 

1 sudu sos tiram

5 biji cili padi


CARA-CARA :-

1. Rebus daging sampai empuk. Nak cepat gunakan pressure cooker. 10 minit dah siap empuk. Jimat gas 😊

2. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar sampai naik bau. Masukkan daging. Jangan masukkan air daging. Kacau-kacau bagi rata dan mendidih.

3. Kemudian masukkan sos tiram, kicap, dan cili padi. Kacau sekejap sahaja.

4. Masukkan sikit air rebusan tadi nak bagi berkuah sikit. 

5. Last sekali, masukkan bawang Holland. Perisakan dengan garam, gula, dan cukup rasa. Angkat dan boleh dihidangkan.

0 Ulasan