 |
Al Manna Arabic Gum yang belum kering |
Assalamualaikum dan Salam ceria selalu.. Hari ni ibu nak share pasal AL MANNA ARABIC GUM yang mana jarang di perkatakan tentang khasiatnya..
Gum arab ni sebenarnya telah di makan sejak zaman Nabi Musa lagi dan ada yang mengatakan gum arab adalah manna yang disebut dalam Al-Quran sebagai makanan di padang pasir untuk kaum Nabi Musa as.
Arabic gum adalah sejenis bahan yang boleh didapati daripada pokok Acacia daripada jenis Acacia senegal dan Acacia seyal yang boleh ditemui di negara-negara tropikal dan subtropikal seperti di India, Afrika, Sudan dan Nigeria.
Sebelum ia kering, gum arab adalah lembut liat dan sedikit manis. Ia terbit dari retak2 di pokok Acacia. Ia boleh di ambil dan terus di makan setelah kering. Ia perlu direndam dalam air & akan larut sepenuhnya untuk di minum.
 |
Ni gambar gum arab yang telah kering di pohon Acacia |
Ia telah di gunakan dalam industri makanan kian lama sebagai bahan pemekat dalam minuman dan dan dalam industri gula2 untuk datangkan kekentalan.
Pada tahun 2011, sebuah kajian tentang gum arab telah dijalankan di UKM bawah profesor Dr Aminah Abdullah dan kajian ini telah menunjukkan khasiat gum arab bukan sekadar pemekat makanan malahan ia juga mengandungi asid amino & zat galian.
Di samping itu, kajian juga menunjukkan gum arab mempunyai kandungan prebiotik yang tertinggi di banding dengan makanan lain. Kandungan prebiotik dalam gum arab mencecah 85% dan ini meletakkan gum arab sebagai makanan yang paling tinggi kandungan prebiotik.
Antara kajian yang telah di jalankan terhadap khasiat gum arab adalah
- Mengandungi khasiat antioksidan (Trommer & Neubet 2005, Ali dan Al Moundhri 2006, Hinson et al 2004)
- Membantu kurangkan kolestrol (Tiss et al, 2001, Evana et al 1992)
- Mempunyai kesan positif bila diberikan sebagai makanan tambahan dalam penyakit kegagalan ginjal (Matsumoto et al 2006, Bliss et al 1996, Ali et al 2008)
- Penyakit kardiovaskular (Glover et al 2009, dan penyakit gastro-usus (wapnir et al 2008, Rehman et al 2003)
Peranan prebiotik dalam kesihatan usus dikaitkan dengan mikrobiota usus, iaitu bakteria usus yang mana bakteria ini dikaitkan dengan kesihatan immun badan. 80% dari system immun badan terletak dalam dinding usus dan bakteria usus mainkan peranan untuk regulasikan system immun ini.
Bakteria usus boleh terjejas dalam banyak keadaan & makanan mainkan peranan penting dalam menjana bakteria jenis yang diperlukan untuk kesihatan usus.
Serat larut telah terbukti bagus untuk menurunkan berat badan dan membantu mengawal paras gula serta kolesterol dalam darah. Serat yang ada di dalam arabic gum juga telah dikenali antara serat yang paling selamat di dunia. Selain itu, arabic gum juga mempunyai beberapa komponen mineral seperti kalsium, kalium dan magnesium yang bagus untuk fungsi badan.
Di samping itu, arabic gum juga mengandungi komponen asid amino seperti lysine, tyrosine dan histidine yang juga dikenali sebagai antioksidan biomolekul yang boleh membantu untuk aktiviti antioksidan di dalam gum arabic.
kajian telah dijalankan ke atas 40 subjek yang terdiri daripada individu sihat, pesakit prediabetes, pesakit diabetes jenis 2, dan pesakit diabetes yang mempunyai masalah diabetes nefropati (kerosakan buah pinggang disebabkan diabetes). Ia telah menurunkan paras gula semasa berpuasa.
Menurut kajian lagi, berlaku penurunan di dalam bacaan creatinine bagi pesakit yang mempunyai masalah kerosakan buah pinggang sekaligus menunjukkan kesan perlindungan arabic gum terhadap buah pinggang daripada menjadi lebih teruk.
Selain itu, arabic gum juga berupaya menurunkan paras kolesterol dalam darah. Kajian yang dijalankan terhadap pesakit yang mempunyai masalah hyperlipidemia (kandungan lemak tinggi dalam badan) telah mendapati bahawa pengambilan arabic gum boleh menurunkan paras kolesterol, trigliceride dan jumlah LDL-kolesterol (kolesterol baik) dalam darah.
Arabic gum juga boleh membantu mengawal tekanan darah tinggi. Terdapat satu kajian yang telah dijalankan terhadap pesakit buah pinggang kronik tahap 3 yang mempunyai tekanan darah tinggi.
Arabic gum juga boleh membantu mencegah masalah obesiti dalam masyarakat. Kajian telah mendapati bahawa pengambilan 30g arabic gum setiap hari selama 6 minggu boleh menurunkan indeks jisim tubuh (BMI) dan peratusan lemak badan.
#sebagai rumusan : meletakkan gum arab ke dalam makanan harian akan menampung keperluan badan kepada beberapa khasiat penting iaitu :- Prebiotik, asid amino, Antioksidan dan zat galian. Ia amat bagus untuk penyakit kencing manis.
0 Ulasan