Musim Panas Di Malaysia

Assalamualaikum dan selamat petang semua teman-teman ibu. Maaflah lama menyepi dek bz macam-macam hal lah kat rumah nie, biasalah suri rumah sepenuh masa, ada jer kerjanya. 

Korang semua sihat tak? Ibu doakan korang berada dalam keadaan sihat walafiat pada musim-musim panas nie.. Opss sebelum terlupa, jangan lupa minum air putih sebanyak mungkin supaya badan tidak kering, kekal bertenaga dan sihat.

Kat tempat korang cuaca macam mana? Cuba komen!! Kat tempat ibu di Terengganu nie, memang panas yang teramat sangat sampaikan anak-anak semua dah naik bintik-bintik merah kat badan diorang. 

So, hari nie ibu nak share lah sikit info terkini pasal cuaca panas kat Negara kita nie.. 

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam suatu kenyataan bertarikh 13 Februari 2024-April 2024.. Malaysia dijangka mengalami cuaca lebih panas dan kering berbanding sebelum ini susulan ketiadaan hujan dalam tempoh lama.

Cuaca panas ketika ini dijangka kekal hingga pertengahan April berikutan kurangnya awan yang boleh membawa hujan serta fenomena ekuinoks. Akan tetapi cuaca panas melampau masih berterusan sehingga hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas tahap berjaga-jaga di 14 kawasan dalam Semenanjung Malaysia.

Antara 14 kawasan terlibat adalah Pulau Langkawi, Padang Terap, Sik, Baling, Kubang Pasu, Kota Setar, dan Pendang di Kedah serta negeri Perlis.

Selain itu, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Timur Laut, dan Barat Daya di Pulau Pinang manakala Kuala Kangsar di Perak, dan Sepang di Selangor serta Beaufort di Sabah.

“Satu lagi kawasan di Semenanjung berada pada tahap dua (gelombang haba) iaitu Pokok Sena, Kedah,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Mengulas mengenai cuaca panas yang melanda Malaysia pada ketika ini, Mohd Hisham berkata ia disebabkan kelembapan udara yang rendah, fenonema El-Nino serta pemanasan global.

"Udara kering kerana kita berada dalam fasa penghujung Monsun Timur Laut (MTL) iaitu keadaan cuaca kita berubah. Sistem cuaca lembab berada di selatan negara kita seperti di Indonesia, manakala negara kita agak kering hingga kurang mendapat hujan dan berlaku cuaca panas," katanya.

Mohd Hisham memberi amaran bahawa trend suhu harian maksimum di beberapa kawasan di utara Semenanjung dan Sabah menunjukkan peningkatan yang berkemungkinan menyebabkan berlaku gelombang haba ekstrem dengan bacaan suhu mencecah 40 darjah Celsius.

"Suhu kita memang tidak boleh dinafikan makin meningkat. Risiko cuaca kita cecah 40 darjah Celsius tinggi dalam dua hingga tiga minggu ini," katanya menambah bahawa cuaca panas di Malaysia dijangka tamat pada Mei, namun mungkin berlarutan hingga Jun.

Oleh itu, dari sekarang korang semua hendaklah mengambil tindakan pantas dengan menyediakan air yang cukup untuk anak-anak minum, menyediakan bekalan ubatan dan sebagainya.. 

Next..  bagi info pasal tindakan yang perlu diambil pada musim panas nie. Sampai sini dulu yerr, tokleh tulis panjang-panjang sebab tengah panas sangat nie.. 

0 Ulasan