Masalah segugut teruk? Atasinya dengan 5 tip berkesan ini..
Mengalami senggugut teruk pastinya mimpi ngeri bagi kebanyakan wanita, terutamanya jika ia menjejaskan aktiviti harian. Pasti ramai tercari-cari, terdapatkah cara hilangkan senggugut yang boleh mengatasi atau mengurangkan kesakitan tersebut?
Masalah bulanan wanita
Masalah kekejangan ketika haid
(senggugut) melibatkan gangguan ringan yang berlaku sehari atau dua hari sebelum haid, malah boleh berlanjutan sepanjang kitaran haid berlangsung. Kesakitannya boleh menjadi terlalu teruk hingga menjejaskan aktiviti harian.
Umumnya, senggugut teruk berlaku disebabkan oleh kontraksi rahim yang berlaku sebelum atau semasa permulaan kitaran haid. Tetapi apakah yang membuatkan kesakitan itu lebih teruk bagi sesetengah individu?
Punca Wanita Mengalami Kesakitan Senggugut Teruk
Sebelum mengetahui cara hilangkan senggugut, apa kata kita fahami terlebih dahulu faktor penyebab senggugut ini. Sesetengah individu cenderung mengalami kekejangan haid yang teruk kerana:-
- Mempunyai tabiat merokok
- Mengalami pendarahan haid berat
- Tidak pernah hamil
- Mencapai akhil baliqh sebelum berumur 11tahun
Masalah senggugut teruk juga boleh disebabkan oleh keadaan perubatan seperti:-
1. Sindrom pramenstruasi (PMS)
PMS adalah keadaan biasa disebabkan oleh perubahan hormon dalam tubuh yang berlaku satu hingga dua minggu sebelum haid bermula. Gejala biasanya hilang selepas pendarahan bermula.
2. Endometriosis
Keadaan perubatan ini berlaku apabila sel dari lapisan rahim tumbuh di bahagian lain tubuh, contohnya seperti di tiub fallopio, ovari atau tisu yang melapisi pelvik.
3. Fibroid pada rahim
Fibroid adalah tumor bukan kanser yang memberi tekanan pada rahim atau menyebabkan haid yang sakit dan tidak normal, walaupun selalunya tidak menimbulkan sebarang gejala.
4. Penyakit radang pelvis (PID)
PID adalah jangkitan pada rahim, tiub fallopio atau ovari yang disebabkan oleh bakteria faraj yang mengakibatkan keradangan pada organ pembiakan dan kesakitan.
5. Adenomiosis
Keadaan jarang berlaku ini melibatkan tisu yang biasanya melapisi rahim mula tumbuh pada dinding otot rahim, sekali gus menyebabkan keradangan, tekanan dan kesakitan. Ia juga mengakibatkan kitaran haid lebih lama dan berat.
6. Stenosis serviks
Ini juga adalah keadaan yang jarang berlaku di mana serviks mengecil atau sempit sehingga melambatkan aliran haid. Ia kemudiannya menyebabkan peningkatan tekanan di dalam rahim lalu mengakibatkan senggugut teruk.
Tanda muengalami sakit segugut yang teruk
Umumnya, kekejangan haid melibatkan sakit berdenyut disertai dengan kekejangan pada bahagian bawah perut dan ia boleh merebak ke bahagian belakang badan mahupun paha.
Ia boleh mula berlaku sehari ataupun dua hari sebelum haid, dan memuncak sehingga 24 jam pertama setelah kedatangan darah haid. Tapi jangan terkejut, kekejangan haid ini juga boleh berlanjutan sehingga tempoh dua ke tiga hari.
Kekejangan haid ini juga boleh disertai dengan gejala lain seperti:-
- Loya
- Keletihan
- Sakit kepala
- Pening

0 Ulasan