Kekebihan Bulan Rejab, Shaaban, Ramadhan

Assalamualaikum semua kawan-kawan.. Malam nie ibu nak share pasal kekebihan Bulan Rejab, Shaaban dan Ramadhan.. 

Bulan Rejab adalah salah satu bulan haram (suci dan mulia) sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW.

Allah SWT berfirman berkaitan bulan haram ini yang bermaksud: "Sesungguhnya bilangan bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, ada di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya) dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah bersama orang yang bertakwa." (Surah at-Taubah: 36)

Kelebihan Rejab disebutkan oleh Imam Ibn Kathir di dalam tafsirnya. Beliau menukilkan pendapat Ibn Abbas RA yang menjelaskan setiap kezaliman yang dilakukan di dalam bulan haram ini, dosanya lebih besar berbanding bulan lain. Begitu juga, amal soleh yang dilakukan pada bulan ini adalah lebih besar (pahala) berbanding bulan yang lain. (Tafsir Ibn Kathir, 4:130)

Apabila kita meneliti kepelbagaian sumber hadis, didapati Rejab ada keistimewaan yang tersendiri. Maka tidak hairanlah intisari (matan) hadis: "Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku..." disokong oleh ramai ulama muktabar. Antaranya Imam Hibbatullah bin Mubarak. Beliau meriwayatkan keistimewaan Rejab berdasarkan sanadnya yang jelas sebagaimana yang direkodkan oleh Syeikh Abd Qader al-Jaylani di dalam al-Ghunyah. 

Imam al-Qurtubi di dalam tafsirnya menyifatkan Nabi SAW sendiri pernah menegaskan Rejab itu adalah bulan Allah. Iaitu bulan Ahlullah. Dan dikatakan penduduk (Mukmin) Tanah Haram itu Ahlullah kerana Allah yang memelihara dan memberi kekuatan kepada mereka. (al-Qurtubi, Jami' Ahkam al-Qur'an, hlm 326 juz 6)

Imam Abu Daud pula membawa intisari hadis yang menampakkan kesaksian yang jelas mengenai lafaz Syaaban bulanku. Buktinya beliau meriwayatkan dari Abdullah bin Abi Qais dari Aisyah RA: "Bulan yang paling disukai Rasulullah SAW ialah berpuasa di bulan Syaaban. Kemudian Baginda menyambung puasanya hingga ke Ramadan." (Sulaiman bin al-Asy'at al-Sijistani, Sunan Abu Daud, t.th, Dar al-Fikr : Beirut , hlm 323 juz 2)

Jom kita muhasabah diri untuk menjadi lebih baik selagi masih bernyawa. Nie ibu sediakan serba sedikit petikan ucapan ustaz (tak tahu nama beliau 😅) tentang kelebihan bulan-bulan yang mulia.. 

Video part 1

Video part 2

0 Ulasan