Budak Remaja Di langgar Pegawai Polis

Suasana di tempat kejadian, Nurse (kakak)
sempat bersama arwah sebelum menghembuskan nafas terakhir..

Ipoh: Pegawai kanan polis ditahan bagi membantu siasatan kemalangan maut membabitkan pelajar tingkatan lima berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di Meru, hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, berkata pegawai dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kedah itu akan direman esok untuk siasatan lanjut.

Muhammad Zaharif Affendi, pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di sini maut dilanggar kereta dipandu seorang pegawai polis dalam kejadian di Jalan Taman Jati dekat Meru di sini semalam.

Penunggang motosikal, iaitu remaja berusia 17 tahun meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pegawai polis berusia 44 tahun tidak mengalami kecederaan.

Difahamkan, sebelum nahas itu berlaku insiden tidak puas hati melibatkan pemandu kereta itu dengan mangsa kerana dikatakan membuat bunyi bising ekzos motosikal.

"Hasil bedah siasat mendapati punca kematiannya adalah kecederaan bahagian dada dan abdomen akibat kemalangan jalan raya," katanya dalam kenyataan malam ini.

Yahaya berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Menurutnya, siasatan turut dijalankan dari pelbagai sudut termasuk siasatan jenayah yang menjurus kepada kesalahan mematikan orang atau membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"PDRM tidak akan melindungi sesiapa termasuk pegawainya sendiri sekiranya mempunyai bukti yang kukuh.

"Orang awam juga diminta supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan atau boleh menimbulkan kegusaran awam," katanya.

Keluarga kepada Allahyarham Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie kesal dengan kejadian yang menimpa pelajar itu kerana mereka saling mengenali dengan isteri kepada pegawai polis berpangkat Deputi Superintenden Polis (DSP) yang didakwa melanggar mati mangsa.

Nur Zawanie Muhd Zamrie, 28, kakak kepada mangsa berkata, isteri DSP itu seorang guru di sekolah mangsa sememangnya mengenali keluarganya dan Zaharif.

Dikhabarkan pula, Keluarga, isteri kepada pegawai polis saling mengenali. 

Mimi Julia Ismail, 50, menunjukkan gambar anaknya, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, pelajar tingkatan lima yang maut dilanggar DSP ketika ditemui di Taman Chepor Sentosa di Ipoh hari ini. -

Malah, kata Nur Zawanie, isteri polis itu juga mengenali ayah dan ibunya kerana ada guru-guru di sekolah Zaharif adalah pelanggan di kedai makan ibu bapanya yang terletak tidak jauh dari sekolah adiknya itu.

Menurutnya, sebelum ini jika ada kes atau apa apa perkara, guru-guru di sekolah itu datang mengadu pada mereka.

“Kalau dia buat salah, kenapa tak datang jumpa? Bukannya isteri pelaku tak kenal adik dan keluarga saya. Isteri dia di sekolah itu kenal Zaharif adalah anak kepada emak ayah saya.

“Pelanggan yang makan di kedai kami itu pun kebanyakan cikgu di sekolah itu. Sebelum ini kalau ada kes apa apa, guru-guru datang mengadu pada kami.

“Kenapa kalau dia (Zaharif) betul buat salah kali ini, kenapa tak datang jumpa? Bukan buat macam ini. Dia (suspek) tiada hak nak buat macam itu.

“Andai kata adik saya bersalah, dia boleh buat laporan polis, bawa adik saya, tangkap adik saya pergi ke lokap. Mak ayah saya kehilangan anak. Adik saya itu memang umur 17 tahun tapi dia tak matang,” katanya ditemui pemberita di kediamannya di Taman Chepor Sentosa di sini hari ini.


0 Ulasan