Assalamualaikum semua kawan-kawan ibu.. Macam mana puasa hari ni? Semuanya ok? Harapannya sihat dan dipermudahkan segala urusan lah yerr.. Hari ni ibu nak share satu kisah seorang sahabat berkenaan beliau menyambut Ramadhan.
Di dalam bulan Ramadhan, walaupun sudah tua dan uzur, beliau masih lagi dapat membaca Al-Quran di dalam solat atau memperdengarkan bacaannya kepada orang ramai sebabnya satu dan satu perempat juz Al-Quran. Selepas itu, setelah menyempurnakan makan minum dan lain-lain keperluan yang mengambil masa selama setengah jam, beliau akan menghabiskan dua hingga dua satu perempat jam di dalam terawih semasa tinggal di India dan selama tiga jam untuk solat Isya' dan terawih semasa tinggal di Madinah.
Selepas itu, mengikut perubahan musim, setelah berehat selama dua hingga tiga jam, beliau akan membaca Al-Quran di dalam tahajjud dan setengah jam sebelum subuh beliau akan makan sahur. Selepas bersahur hinggalah ke subuh, kadang-kadang beliau membaca Al-Quran dan kadangkala beliau sibuk dengan wirid dan berzikir.
Selepas isyraq beliau berehat lebih kurang satu jam. Setelah itu sehinggalah pukul dua belas atau pukul satu tengahari semasa musim panas, beliau sibuk menulis kitab "Bazlul Majhud) dan memerhatikan surat-surat serta merencanakan jawapannya. Setelah itu, beliau berehat hingga ke zohor. Dari Zohor hinggalah ke asar beliau mentilawah Al-Quran. Dari asar hingga ke maghrib beliau sibuk dengan bertasbih dan melayan para tetamunya.
Pada bulan Ramadhan tiada perubahan yang khusus dalam amalan-amalanya. Solat sunatnya itu adalah salah satu amalan yang berterusan dan beliau mengambil berat solat2 tersebut di sepanjang tahun. Cuma rakaatnya di panjangkan semasa bulan Ramadhan.
Begitulah kisah seorang sahabat yang benar-benar menyintai Allah dan Rasulullah.. Semoga kita semua dapat mengambil iktibar dari kisah ini, walaupun cuma sedikit..

0 Ulasan