Windows 8 dah released

Wah wah wah. Cepat betul teknologi windows berubah. Kali ni windows dah mengakhiri "kedudukdalamguaan" mereka untuk teknologi OS. Nampak menarik, seronok diguna, mudah, lebih mesra pengguna dan lebih nampak macam dalam cerita dongeng dahulu kala. 

Kawan-kawan boleh download OS Windows 8 beta release ni dan guna secara percuma dulu sehingga bulan 3 tahun depan. Lagi pun kawan2 tak payah uninstall windows yang kawan2 tengah pakai sekarang ni. Just install kat partition lain and terus boleh run. Boleh cuba sekarang kalau nak. Ni ibu nak bagi sikit kelebihan2 terbaru windows versi baru ni. Ramai yang panggil Windows8. Ye laaaa, Microsoft pun tak bagi nama lagi. :P

Ni ibu listkan ciri2 terbaru windows 8 ni
  1. Desktop baru dalam Windows 8 pakai Metro UI. Kalau kawan2 guna computer dan bukannya tablet boleh gunakan mouse dan keyboard untuk control. Kali ni baru diorang brani kutuk Apple :P
  2.  Ringan bangat dan sangat laju masa boot. Jika kawan2 boleh guna Windows 7 dengan lancar maka Windows 8 akan jauh lebih laju dan ringan berbanding Windows 7 yang dibangga-banggakan tu
  3. Task Manager baru lebih berguna dan mesra pengguna. Kawan2 boleh disable program pada startup, boleh tengok App History, dan sebagainya.
  4. Sekuriti pada Windows 8 dipertingkatkan dan Windows Defender dinaik taraf, nampak macam Microsoft Security Essential. Selain itu, terdapat fungsi sekuriti di mana pelbagai program malware seperti virus, worms, trojan, spyware dan sebagainya tidak dapat dijalankan kerana sebelum Windows start sistem akan check dulu process yang tidak di-signed oleh Microsoft akan dihalang dan ini akan menyelamatkan computer kesayangan kaan2 tu daripada dirosakkan virus. Pendek kata, tak payah lagi kita nak beli antivirus yang dah tentu sia2 tu.
  5. Ni pun best gok.Ada fungsi Refresh dan Reset PC sekiranya computer Windows kita mengalami masalah, kita boleh revert balik ke masa seperti Windows baru diinstall. Of course la boleh menjimatkan duit kalau computer rosak tak perlu hantar format dekat kedai. Hanya perlu reset sendiri sahaja.
  6. Ribbon UI ala Microsoft Office 2010 diperkenalkan dalam Windows 8 dan sekaligus menghapus menu lama yang berlapis-lapis dan tidak mesra pengguna itu.
  7. Ibu pun tak sure yang ni tapi agaknya nama dia windows store. Kita boleh memuat turn apps dan program melalui Windows Store dengan mudah dan ianya akan dilancarkan tidak lama lagi. Tidak perlu lagi pening2 google cari perisian nak download, update dan install. Semua akan jadi oto.
  8. Windows 8 boleh membaca dan mount file jenis ISO dengan mudah tanpa perlu perisian third party seperti Daemon Tools dan MagicDisc.
  9. Kalau kawan2 nak buka file powerpoint tak payah la install sebab dah ada perisian built in, cuma tak boleh edit dan buat slide baruje.
  10. Touch Keyboard dalam Windows 8 lebih cantik dan mudah digunakan berbanding touch keyboard dalam windows 7.
  11. Optimize Drives, functionnya sama je dengan Defrag yang mengambil masa berjam-jam hingga berminggu untuk siap dalam Windows XP hingga ke Windows 7. Kali ni lain sikit, jauh lebih mesra pengguna, cepat dan mudah.



     




0 Ulasan