Definasi Dan Keistimewaan Bulan Rejab

Definasi Bulan Rejab 

Bulan Rejab merupakan salah satu bulan yang mulia dan ia termasuk di dalam bulan-bulan Haram sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW. “Waktu berputar sebagaimana keadaannya ketika Allah SWT menciptakan langit dan bumi.

Bulan Rejab merupakan bulan ketujuh dalam tahun Hijrah dan memiliki keutamaan yang penting dalam Islam. Bulan ini juga dipanggil sebagai bulan Mikraj kerana pada bulan ini terdapat peristiwa Israk dan Mikraj. Oleh itu, agama Islam menuntut umatnya untuk menghidupkan bulan ini dengan amalan-amalan ibadat. 

Keutamaan bulan Rejab dan amalan yang wajar dilakukan dalam bulan ini boleh didapati melalui Hadis yang pelbagai. Bulan Rejab juga antara bulan yang dimuliakan oleh Islam dengan amalan sebagai persediaan untuk menyambut kedatangan bulan Ramadan. Persediaan dalam menyambut bulan Ramadan dengan meningkatkan amalan pada bulan Rejab adalah amat membantu kepada pembentukan takwa seseorang Mukmin.

Video keistimewaan Bulan Rejab 

Keistimewaan bulan Rejab

Salah satu daripada keistimewaan bulan Rejab ialah bulan ini merupakan salah satu daripada bulan Haram dalam Islam. Bulan Haram bermaksud bulan Zulkaedah, Zulhijah, Muharam, dan Rejab. Bulan ini dihormati dalam agama Nabi Ibrahim A.S dan orang Arab amat memuliakan bulan ini dengan tidak dibenarkan untuk berperang dalam bulan ini. Hal ini sebagaimana Hadis yang dijelaskan oleh Nabi S.A.W seperti berikut :

عن أبي بكرة – رضي الله عنه – عن النبي – صلى الله عليه وسلم – قال: ((إن الزمان قد استدار كهيئته يوم Ø®َÙ„َÙ‚ الله السموات والأرض، السنة: اثنا عشر شهرًا، منها أربعة Ø­ُرُÙ…؛ ثلاثٌ متواليات: ذو القعدة، وذو الحجة، والمحرم، ورجب Ù…ُضر الذي بين جمادَÙ‰ وشعبان))

“Abu Bakrah berkata bahawa Nabi S.A.W bersabda: “Zaman (masa) terus berjalan dari sejak awal penciptaan langit dan bumi. Satu tahun ada dua belas bulan antaranya ada empat bulan haram (suci), tiga bulan berurutan, iaitu Zulkaedah, Zulhijah dan Muharam serta Rejab yang berada antara Jamadilakhir dan Syaaban.”” (al-Bukhari)

Masyarakat Arab sangat memuliakan bulan haram sekalipun dalam kehidupan mereka dipenuhi dengan kebodohan dalam penyembahan berhala. Mereka juga melarang sama sekali daripada berperang dalam bulan tersebut. 

Tatkala Islam datang, Islam masih lagi memuliakan bulan Haram dengan diberikan pahala yang besar bagi orang yang menghidupkan bulan ini dengan amalan ibadat, tetapi Islam memansuhkan peperangan dalam bulan ini melalui firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 9.

Bulan Rejab juga merupakan bulan yang diiktiraf oleh Allah sebagai bulan Allah sebagaimana Hadis riwayat dari Aisyah R.A:

عن عائشة,قالت رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((ٳن رجب شهر الله))

“A’ishah R.A berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesungguhnya Rejab merupakan bulan Allah S.W.T.” (al-Baihaqi)

0 Ulasan