Perkembangan Terkini

Ni baru lepas kena paksa makan ubat batuk, tu yang meleleh lagi air mata tu..🤫😁

Assalamualaikum semua teman-teman ibu.. Rindu rasanya nak aktif blog tapi tulah, kesihatan tak mengizinkan macam yang ibu cerita kat korang hari tulah.. Cumanya pagi ni ibu gagah kan jua untuk update la sikit-sikit perkembangan semasa pasal anak-anak ibu dan ibu sendiri.

Alhamdulillah, sekarang ni semakin ok lah sikit walaupun ada yang masih batuk-batuk dan badan masih lemah lagi. Cumanya tak adalah seteruk hari tu. Ni yang no8 & no9 still batuk2 kuat lagi, yang lain Batuk lagi cumanya tak kuat sangat. Ubat still bagi.. 

Ingat lagi time mula-mula kena tau korang, teruk sangat-sangat sampai ibu tanak nasi 2cawan boleh makan berbuka puasa dan sahur, tu pun tak habis. Bayangkan lah, keluarga ibu yang ramai dan diorang memang selera makan kuat tiba2 macam tu kejadiannya. Memang diorang Betul-betul tak ada selera langsung. Makan sesuap jer.Ibu sendiri pn tak larat nak bangun untuk kemaskan rumah.. 

Tahun ni betul-betul Allah bagi ujian kat kitorang. Ni bulan puasa dah nak habis, ibu dan anak-anak still letih tubuh tapi alhamdulillah lebih baik dari mula2 kena. Korang doakanlah untuk kami yerr supaya kembali sihat seperti sediakala dan terus bersemangat. 

Setakat ni jerlah update terkini pasal ibu. Korang semua doakan semoga keluarga ibu dalam rahmat Allah dan sihat walafiat. Ibu pun doakan kalian semua sentiasa sihat dan dipermudahkan segala urusan.. Aminn.

0 Ulasan