Jenis-Jenis Tepung Dan Kegunaannya

Tepung tidak asing lagi dalam pembuatan kek, kuih muih dan juga goreng-gorengan. Salah satu bahan utama yang wajib digunakan ini memainkan peranan yang cukup besar untuk menjadikan menu dessert anda berjaya!

Terdapat banyak jenis tepung dan kegunaannya yang harus anda tahu biarpun tidak semua yang selalu anda gunakan. Namun, mana tahu anda ingin mencuba resepi menu baru, pastinya anda perlu tahu apakah tepung yang paling sesuai untuk menu tersebut!

Dengan mengetahui jenis tepung dan kegunaannya juga, anda dapat menambah baik resepi sedia ada yang selalu anda cuba. Agaknya sebab itu chef pandai buat roti dan kek, mereka benar-benar arif akan setiap jenis tepung dan kegunaannya.

Jom lihat jenis tepung dan kegunaannya dalam masakan yang juga dapat membantu urusan anda kelak.


  1. Tepung high protein (tepung roti)
  2. Tepung low protein (tepung kek)
  3. Tepung superfine 
  4. Tepung serbaguna
  5. Tepung naik sendiri
  6. Tepung pulut
  7. Tepung kastard
  8. Tepung jagung
  9. Tepung sagu
  10. Tepung gandum
  11. Tepung rose/biskut/cookies
  12. Tepung ubi
  13. Tepung beras
  14. Tepung krimer
  15. Tepung hong kong
  16. Tepung hoen Kwee
  17. Tepung wholemeal/Atta
  18. Tepung optima
  19. Tepung kacang hijau
  20. Tepung susu 
Dan banyak lagi jenis-jenis tepung.. 

1. Tepung high protein (tepung roti)

Tepung high protein untuk roti!!! Biasanya memang begitulah timbul dalam kepala kita bila sebut saja tepung high protein. mempunyai protein yang cukup tinggi dimana ia membantu anda menghasilkan roti yang lebih kenyal. Apabila menguli tepung, ia lebih kenyal kerana terhasil dari zat gluten.

Jenis tepung ini wajib anda gunakan untuk menghasilkan roti yang berkualiti tinggi. Dari segi tekstur dan rasa roti, ia sememangnya terbaik.

2. Tepung low protein

Selain dipanggil tepung low protein,biasa juga kita panggil dengan nama tepung kek. Tekstur tepung ini agak ringan, tidak terlalu kenyal dan mempunyai kandungan protein yang agak rendah.

Antara menu yang boleh anda hasilkan dengan menggunakan tepung low protein ini adalah kek, kulit tart dan juga pai.


3. Tepung superfine 

Tepung Superfine untuk kek, teksturnya halus seperti self raising flour namun tiada sebarang bahan penaik didalamnya. Tepung ini dikatogerikan sebagai tepung low protien. 


4. Tepung serbaguna

Jika kedua-dua jenis tepung tadi mempunyai protein yang tinggi dan kurang, tepung jenis serbaguna ini termasuk dalam salah satu golongan jenis-jenis tepung terigu pula mempunyai kandungan protein yang agak sederhana.

Ia sesuai digunakan untuk menghasilkan kuih muih, pau, mee, pastri, biskut, kek dan lain-lain lagi. Anda boleh menambah tepung penaik dan mengayak 2 atau 3 kali sekiranya ingin membuat pau atau kek.

Tepung serbaguna ini boleh anda dapati banyak di pasaran dengan harganya yang agak murah. Antaranya adalah tepung cap sauh, cap kunci dan cap wau.


5. Tepung naik sendiri

Untuk menaikkan atau mencantikkan kek anda, pastinya tepung naik sendiri ini penting digunakan. Ia adalah sejenis tepung kek namun ia mempunyai kandungan serbuk penaik dan soda penaik iaitu soda bikarbonat atau baking powder.

Sekiranya menggunakan tepung ini, anda tak perlu lagi gunakan agen penaik. Sukatan yang betul juga penting supaya kek anda tidak rosak dan jadi bentuk lain. Antara menu yang boleh anda gunakan tepung naik sendiri ini adalah scone, muffin, pancake dan juga kek.


6. Tepung pulut

Glutinous rice flour ialah tepung pulut (berwarna putih) dan diimpot dari Thailand. Plastik pembungkusannya hampir sama dengan plastik tepung beras jadi, jangan terkeliru. Ianya dihasilkan dengan teknologi moden sehingga semua kandungan khasiat yang ada pada beras tidak hilang. 

Untuk pengetahuan anda, tepung pulut ini mengandungi 100% beras merah iaitu beras yang telah dibuang merah pada mata padinya. Ia kaya dengan vitamin B dan E yang dikatakan baik untuk penghidap kencing manis dan ibu mengandung.


7. Tepung kastard 

Tepung kastad mempunyai fungsi yang pelbagai di samping mencantikkan tekstur kek. Untuk masakan, ia juga boleh digunakan bagi mewangikan puding anda, biskut dan sebagainya. Tepung yang wangi ini dapat menjadikan sesebuah dessert itu berkualiti dan lebih gebu. Antara jenama tepung kastad yang dikenali ramai adalah jenama BIRDS.


8. Tepung jagung 

Tepung jagung fungsinya untuk memekatkan walaupun agak berbeza dari penggunaan tepung ubi. Ianya berasal daripada biji jagung. Jika ia digunakan untuk gorengan atau biskut, ia akan menghasilkan bahan gorengan atau biskut yang ranggup. 


9. Tepung sagu

Terdiri dari tepung yang gluten-free. Dibuat dari bahagian tengah pohon sagu. Batang pokok sagu dikisarkan dan direndamkan supaya sagunya mendap. Mendapan ini dikeringkan dan dijadikan tepung. Selalunya digunakan dalam membuat bubur, lempeng ataupun keropok.


10. Tepung gandum

Tepung gandum cukup terkenal di Malaysia kerana ia adalah tepung yang dipasarkan di Malaysia dalam kuantiti yang banyak sekali. Anda mungkin mengenali jenama seperti Cap Sauh, Cap Kunci dan banyak lagi kan?

Tepung gandum terhasil daripada bijirin gandum yang dikisar halus sehingga bewarna putih. Ia amat halus dan sesuai untuk dijadikan sebagai produk makanan yang pelbagai.

Itulah yang menghasilkan pelbagai kualiti makanan dan jenama di pasaran.Ia lebih kurang sama seperti tepung serbaguna dan boleh anda gunakan untuk pelbagai tujuan.


11. Tepung rose/tepung biskut

Tepung Rose ada mengandungi bahan yang boleh merangupkan biskut. Biskut yang diperbuat dengan tepung rose akan menjadi lebih rangup jika dibandingkan dengan biskut dari tepung gandum. Tepung Rose juga dikenali sebagai Tepung Top atau Tepung cookies. Ianya amat sesuai untuk membuat biskut almond london.


12. Tepung Tapioka

Tepung tapioka atau lebih mesra dikenali sebagai tepung ubi kayu biasanya banyak digunakan untuk mebuat kuih-kuih tradisional. Fungsinya lebih kepada untuk meliatkan adunan, namun bagi sesetengah tempat, biasa juga menggantikannya dengan tepung sagu (sago flour).


13. Tepung beras 

Sebenarnya tepung beras untuk apa? Ianya terdiri dari gluten-free, diperbuat daripada beras yang dimesin halus. Banyak digunakan dalam membuat kuih tradisional [kueh apam, lapis, talam] dan juga sebagai bancuhan gorengan kueh, Juga untuk pembuatan bihun dan laksa.


14. Tepung krimer 

Ramai yang tak tahu akan tepung krimer ini. Kebanyakan tepung ini amat diperlukan di restoran dan juga tempat makan yang menghidangkan aneka minuman. Ia adalah seperti krimer yang mempunyai lemak tambahan yang akan digunakan dalam nescafe, kopi dan sebagainya.


15. Tepung hong kong

Water Lily Flour juga adalah nama lain bagi tepung Hong Kong. Ia amat putih dan sesuai untuk membuat pau. Keburukannya adalah tepung ini cepat rosak, oleh itu, tidak banyak kedai menjualnya.


16. Tepung hoen Kwee

Tepung Hoen Kwee digunakan oleh masyarakat cina untuk membuat kuih muih. Ada tepung yang berwarna kekuningan dan ada juga warnanya hijau serta yang putih. Semuanya mengikut kesesuaian kuih.


17. Tepung wholemeal/Atta

Tepung wholemeal atau tepung atta banyak mengandungi serat gandum yang tidak hancur. Tepung ini tidak boleh diayak. Sesuai untuk membuat roti gandum dan capati. Hasil roti atau muffin yang menggunakan tepung ini agak berat (heavy-textured).


18. Tepung optima 

Optima adalah sejenis tepung yang mengandungi gula di dalamnya. Tepung Optima ini adalah tepung yang telah siap sedia untuk membuat Kek Sponge. Apa yang perlu kita buat adalah hanya masukkan telur, air mentega dan tepung optima. Pukul adunan itu semua dengan mixer sehingga adunan menjadi pekat dan likat. Kemudian ia sedia dibakar. Ia sama dengan tepung cake yang ready mix tu.. 


19. Tepung kacang hijau

Selalu digunakan untuk membuat kuih koleh kacang dan kuih tepung gomak. Terhasil dari kacang hijau yg digorengkan tanpa minyak, kemudian dibuangkan kulitnya dan dikisarkan menjadi tepung. Banyak dijual di kedai dalam paket bewarna agak kekuningan. Tepung ni berbeza dari tepung hoen kwee.


19. Tepung susu 

Tepung Susu  ini biasanya di gunakan sedikit sahaja sebagai bahan campuran dalam penyediaan kuih muih, puding, kek dan terutamanya biskut. Walaupun iainya sedikit mahal dari tepung lain, tapi ia lebih baik dan berkualiti..









0 Ulasan