Marhaban Ya Ramadhan 2024


Ramadhan adalah merupakan bulan suci dalam agama Islam. Ini adalah bulan kesembilan dalam kalender Islam.

Sepanjang bulan Ramadhan, umat Islam dianjurkan untuk berusaha meningkatkan ibadah, seperti membaca Al-Quran dan melakukan amal kebajikan.

Rumah Limas di kota lama,

terhias indah lampu pelita,

Bulan Ramadan bakal menjelma,

detik suci ampun dipinta.

Selamat datang bulan Ramadan!! Semoga bulan suci ini membawa berkah, kedamaian, dan kebahagiaan untuk kita semua. Mari kita manfaatkan setiap masa untuk berdoa, berbuat baik, dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. 

Semoga setiap ibadah dan amal kebaikan kita diterima oleh Allah SWT. Mari kita tingkatkan ketaatan dan kesabaran selama mana kita masih berpeluang menikmati bulan Ramadhan yang mulia ini.

Bulan Ramadan juga adalah kesempatan yang istimewa untuk membersihkan hati dan jiwa kita. Semoga Allah SWT memberkati setiap langkah kita dalam menjalankan ibadah puasa dengan penuh kesabaran dan ikhlas kerana Allah.

Di bulan penuh berkat ini juga, kita tingkatkan keimanan, ketaqwaan, dan kebaikan sebanyak-banyaknya. Semoga setiap amal ibadah kita menjadi pintu menuju ampunan dan rahmat Allah SWT.

PANTUN RAMADHAN

💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕

Marhaban Ya Ramadhan, 

Pucuk Selasih Bertunas Menjulang,

Dahannya Patah Tolong Betulkan,

Puasa Ramadhan Kembali Menjelang,

Salah Dan Khilaf Mohon Dimaafkan,

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Bulan Ramadhan 2024/ 1445H

✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨

Negeri Melayu adat terpandang,

Syariat Islam jadi pegangan,

Kini Ramadhan mulai menjelang,

Salah dan khilaf mohon di maafkan.

🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Jika hati seputih awan,

jangan biarkan ia mendung,

Jika hati seindah bulan,

hiasi dengan senyuman… 

💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖

Jika Semua HARTA Adalah RACUN Maka ZAKAT lah Penawarnya,

Jika Seluruh UMUR Adalah DOSA Maka TAKWA dan TAUBAT lah UBATnya,

Jika Seluruh BULAN Adalah NODA maka RAMADHAN lah Pemutihnya.

💫💫💫💫💫💫💫💫💫💫💫💫💫💫

Perkataan Yang Indah Adalah ALLAH,

Lagu Yang Merdu Adalah AZAN,

Media Yang Terbaik Adalah AL-QURAN,

Senam Yang Sihat Adalah SOLAT,

Diet Yang Sempurna Adalah PUASA,

Kebersihan Yang Menyegarkan Adalah WUDHU,

Perjalanan Yang Indah Adalah HAJI,

Khayalan Yang Baik Adalah Ingat akan DOSA dan TAUBAT, 

Mudah-Mudahan Di Bulan Ramadhan Yang Suci Ini Hadir Membawa Iman Dan Takwa. AMIN..

💥💥💥💥💥💥💥💥💥💥💥💥💥

Rumah Limas di kota lama, terhias indah lampu pelita,

Bulan Ramadan bakal menjelma,

detik suci ampun dipinta. 

Ikhlas daripada Ibu sekeluarga..

🌜🌜🌜🌜🌜🌜🌜🌜🌜🌜🌜🌜🌜🌜

Matahari Berzikir, Angin Bertasbih Dan Pepohonan Memuji keagunganNYA.

Semua Menyambut Datangnya Malam Seribu Bulan.

Selamat Datang Ramadhan, Selamat Beribadah Puasa.

💝💝💝💝💝💝💝💝💝💝💝💝

Video marhaban ya Ramadhan

Ibu sekeluarga ingin memohon Maaf Zahir Dan Batin kepada semua kaum keluarga dan teman-teman ibu semua..

MARHABAN YA RAMADHAN.. 

0 Ulasan