30 Hari 30 Resepi Menu 4

 


Menu 4

 IKAN TENGGIRI MASAK LEMAK CILI API


BAHAN-BAHAN:

1/2 kg ikan tenggiri potong 3

1 genggam cili api merah*

2 biji cili merah*

1 inci kunyit hidup*

5 ulas bawang merah*

3 batang serai dititik

1 mangkuk santan pekat

1 mangkuk air

1 keping asam keping

garam


CARA-CARA:-

1. Tumbuk semua bahan2 bertanda (*).. 

2. Kemudian masukkan bahan2 tumbuk ke dalam periuk. Tumis hingga naik bau.

3. Setelah itu masukkan semangkuk air dan biarkan hingga mendidih.. 

4. Bila dah mendidih, masukkan ikan, serai, asam keping, dan garam secukupnya.

5. Bila ikan dah hampir masak, masukkan santan dan kecilkan api. Biarkan santan mendidih sekejap. 

6. Kacau sekejap dengan perlahan-lahan supaya ikan tak hancur. Tunggu hingga masak. Tutup api dan sedia untuk dihidang..


Menu 4

RESEPI SAMBAL SOTONG KEMBANG


BAHAN-BAHAN :-

1 ekor sotong kembang

Garam & gula secukupnya

Air asam jawa secukup rasa

Minyak masak untuk menumis


BAHAN DIKISAR HALUS :-

15 biji cili kering

5 bawang merah

2 ulas bawang putih

2 cm belacan


CARA-CARA :-

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai naik bau , kemudian masukkan gula , asam jawa , garam dan terus kacau sambal sampai masak dan pecah minyak .

2. Masukkan sotong , dan terus kacau jika terlalu kering masukkan sedikit sahaja air . Kacau lagi sehingga semua bahan menjadi mesra dan bila sudah masak boleh la tutup api.


Menu 4

SAYUR PAK CHOY SOS TIRAM


BAHAN-BAHAN :-

seikat sayur siew pak choy

4-5 sudu mkn sos tiram

3 ulas bawang putih- cincang

seinci halia - cincang

air sedikit

Tepung jagung + air sedikit untuk pekatkan kuah

bawang putih goreng / bawang goreng - untuk hiasan


CARA-CARA :-

1. Sayur jangan potong dulu. Panaskan air. celur dengan batang-batang dia sekali.

2. Angkat dan toskan. Potong bahagian hujung. Susun dalam pinggan dan ketepikan.

3. Panaskan minyak, tumis bahan cincang hingga naik bau@kekuningan.

4. Masukkan sos tiram dan juga air sedikit. kacau. Tak payah letak garam sebab sos tiram dah masin. kalau nak pekat boleh tambah tepung jagung + dibancuh dengan sedikit air.

5. Last sekali, tunggu hingga mendidih. Tutup api. Tuang kuah atas sayur tadi. Hiaskan dengan bawang putih goreng.

0 Ulasan