kelebihan Amalan Sunnah Di Bulan Rejab

Video kelebihan Amalan Sunnah
Di Bulan Rejab 

Keutamaan bulan Rejab, ianya terdapat beberapa amalan yang dituntut untuk dilakukan pada bulan Rejab ini. Ringkasnya, terdapat beberapa amalan sunat yang dituntut untuk diperbanyakkan pada bulan Rejab ini, iaitu menghidupkan dengan Qiamullail seperti solat sunnah, membaca al-Quran, berzikir, beristighfar, berselawat ke atas Nabi S.A.W, dan berdoa. Manakala siang hari bulan Rejab pula dituntut untuk berpuasa dan bersedekah. Pada asasnya semua amalan ini boleh dihidupkan di sepanjang bulan Rejab.

Seseorang boleh mengamalkan kesemua amalan ini dan tidak menentukan bahawa mesti dilakukan pada bulan Rejab dan apa yang lebih penting amalan tersebut semata-mata untuk mendapatkan keredhaan-Nya. Bagi tujuan mengamalkan ajaran Islam yang menggalakkan umatnya meningkatkan amal soleh dan sebagai bekalan menuju Allah S.W.T.

Kesimpulan

Terbukti bahawa bulan Rejab merupakan bulan Haram yang merupakan bulan Allah S.W.T. Selaku hamba-Nya, umat Islam wajar membesarkan bulan ini dengan amalan yang dianjurkan dalam Islam untuk mengambil keberkatan.

Ringkasnya, seseorang Muslim boleh memilih untuk beramal mengikut kemampuan mereka masing-masing dengan mengusahakan semaksimum mungkin bagi mendapatkan keberkatan serta keredhaan dari Allah S.W.T dengan memperbanyakkan ibadah. 

Anas bin Malik menceritakan bahawa Nabi S.A.W apabila memasuki bulan Rejab, maka Baginda mengatakan: 

” “اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان

“Ya Allah, berkatilah kami di Rejab dan Syaaban dan berkatilah kami di bulan Ramadan).”

(Al-Bazzar, al-Tabrani, dan al-Bayhaqi)

Justeru, selaku hamba yang taat dan sebagai persediaan untuk menuju kepada bulan Ramadan yang bakal tiba, maka wajar bulan ini dihidupkan dengan amalan yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W. Wallahu A’lam.

0 Ulasan