Terima Kasih December 2023

Video Harapan tahun baru 

Assalamualaikum semua kawan-kawan ibu.. Nampaknya dalam sedar tak sedar, esok dah nak masuk tahun baru.. Itu bererti umur kita semangkin meningkat tua.. 

Tak tahu nak rasa happy ke sedih. Rasa happy sebab Allah masih bagi peluang untuk kita terus beribadah kepada-nya.. Rasa sedih sebab banyak masa di sia-siakan dari berbuat amal ibadah dan banyak juga dosa yang telah terkumpul..

Untuk itu, hendaklah kita sama-sama muhasabah diri dan mulakan azam baru. Semoga tahun baru akan menjadi lebih bermakna untuk hidup kita.

Perjalanan hidup pada tahun 2023, jadikanlah ia sebagai tauladan untuk kita terus berubah ke arah yang lebih baik.. Pasti ada hikmah di sebalik semua yang berlaku pada tahun 2023..

Perbanyakkan istiqfar atas dosa-dosa yang telah kita buat sebelum nie.. Basahkan lidah dengan zikrullah walau apa sahaja yang sedang kita lakukan.. insyaallah hidup kita lebih mendapat barakah.. 

Apa pengalaman yang korang tak boleh nak lupakan pada tahun 2023? Cer komen sikit 😊!!. Kalau nak share pasal Azam tahun baru korang pun boleh jerr.. 

0 Ulasan