Assalamualaikum semua kawan-kawan ibu.. Maaf lah lama ibu tak update resepi untuk korang semua kan..
Ok, kali ni ibu nak kongsikan pada korang menu-menu special yang menyelerakan.. iaitu 👇
10 MENU LAUK-PAUK KAMPUNG
Sedapnya aneka sajian menu harian inspirasi masakan kampung nie. Makan bersama nasi panas dan ulam-ulaman, memang membuka selera. Terdapat pelbagai masakan lauk pauk kampung yang boleh dicuba dan dijadikan panduan untuk ibu-ibu. Pasti puas hati. Cumanya untuk kali ini ibu letak 10 menu dulu..
Lauk legend ini memang tak jemu di makan, menu ni saja pun dah buat makan bertambah nasi🤭.. Itu lah hebatnya lauk orang kampung kita.👩🍳💖
Geng yg suka MENU MASAK LEMAK NENAS CAMPUR IKAN MASIN sila masukkk..
Bahan-bahannya
Nenas 1biji
Tulang ikan merah /ikan Talang masin..
Cili. Api merah dan hijau*
Kunyit hidup*
Serai titik
Bawang merah..*
Santan kotak 1 kotak
Yang bertanda * blender ye..
Cara-cara membuatnya:-
Masukkan bahan-bahan blender, nenas, ikan masin dan serai di ketuk2. Biarkan seketika sementara mendidih. Masukkan santan, gula dan garam. Tunggu hingga ikan masak dan mendidih. Korang rasalah, kalau yang tak cukup tambahkan jerr garam atau perasa.. Dah siapp.. 👩🍳💖
2. Sambal Tenggiri cili api Bunga Kantan by ibu
Cukup la 1 lauk makan dengan nasi panas-panas.
Cara-cara membuatnya
♥️ First sekali Bawang putih, halia, cili besar dan cili api di kisar tidak terlalu halus.
♥️ Bunga kantan dibelah empat.
♥️ Bawang besar dihiris bulat-bulat dan serai di ketuk2. Tumis semuanya hingga naik bau.
♥️ Masukkn sos tiram, sos cili, garam dan sedikit gula.. Kacau hingga garing.
♥️ Setelah itu, masukkan ikan yang telah siap di goreng.. Kacau rata, tutup api.. Dah siappp...☺️
3. Masak asam ikan talang kering..
Sejenis lauk ni pun dah cukup makan dengan nasi panas-panas. Kawan-kawan suka x lauk macam nie..?😊
1. Ikan talang kering potong kecil-kecil, rendam sekejap bagi kurang masin dia😊..
2. Kemudian cuci ikan talang bagi bersih goreng ikan sekejap dengan minyak sedikit.
3. Potong bawang merah 4 ulas, bawang putih 3 ulas dan cili padi 20 biji.
4. Lepas tu korang tumis lah bawang dalam minyak bekas goreng ikan tadi. Bila agak dah garing masuk air asam jawa, cili padi dengan ikan talang yg digoreng tadi. Tak payah letak garam dah sebab ikan dah masin.. Biarkan mendidih sekejap. dah siapp👍
4. Terung goreng berlada
Satu lauk ni pun dah cukup membuat suami makan nasi bertambah-tambah. Ibu kurang minat terung tapi suami tercinta memang sayur kesukaan dia lah terung nie. Masak lah apa pun kira on jer.. Siapa kat sini peminat terung jugak??
Bahan-bahannya:-
10 biji terung bulat atau panjang pilihan masing-masing. Potong ikut suka lah yerr. Korang goreng, toskan dan ketepikan dahulu
150gm ikan bilis goreng garing
Sedikit perahan limau @ lemon @ air asam
Bahan-bahan kisar:-
10biji cili besar campur merah hijau
15 biji padi atau 10 tangkai cili kering
Sedikit halia
2biji bawang merah besar
3ulas bawang putih
Cara-cara membuatnya:-
1. Potong terung ikut suka korang lah yerr. Kemudian goreng, toskan dan ketepikan dahulu
2. Panas minyak masukkan bahan-bahan kisar. Kacau hingga naik minyak dan garing.
3. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa perahan lemon @ asam jawa sesuai dengan citarasa masing2.
4. Tambahkan sedikit air.
5. Seterusnya masukkan terung dan ikan bilis. Kacau rata dan tutup api.
Tadaa dah siap boleh makan dengan nasi panas-panas bersama ikan goreng dan apa-apa jerlah yang korang suka. Selamat mencuba !!!
Lauk terpaling simple dan sihat, tapi itulah boleh menambah nasi berpinggan-pinggan 🤣🤣
Bahan-bahan sambal picit..
- 20 batang Cili api kampung hijau + merah1
- 1 sudu besar belacan. Nak lagi sedap bakar dulu belacan tu atau beli jer belacan bakar.
- 1 sudu besar asam jawa
- Garam
- Gula
- Air masak (letak sikit-sikit)
- 2 biji Limau sambal (perah last sekali)
Cara-cara membuatnya:-
* First sekali Ikan tu rebus dengan asam keping dan garam je. Ikan tu masuk awal-awal sebelum buka api tau, jangan masuk masa air dah mendidik, nanti ikan hancur.
* Masukkan semua bahan-bahan sambal ke dalam mangkuk.
* Picit atau penyet cili tu dalam mangkuk sampai hancur. Kalau pekat sangat tambah air, jangan lupa perah limau.
* Ulam pucuk ubi tu celur je dengan garam, halia dan minyak 1 sudu.
Makan pula dengan ikan masin, pergh terangkat.
Ada tak yang tak makan lauk kampung nie? 😁
Pada yang berminat jom ibu kongsikan resepi..
Bahan-bahannya:-
Kerang (rebus)
Taugeh (celur)
Pegaga (hiris halus)
Bawang besar (mayang)
Kelapa parut / nyior kukur
Sambal belacan
Air limau nipis / air asam jawa
Cara-cara membuatnya:-
Sambal belacan tu blend sekali dengan kelapa
Satukan semua bahan dan kacau rata. Kalau korang rasa kurang masam pedas masin boleh tambah ikut citarasa sendiri..
8. Tempoyak ikan bilis
Lunch kita masak lauk kampung lah harini, Tempoyak Petai Ikan Bilis. Lauk nie memang sedap sangat-sangat sebab ianya kegemaran Ibu. Ibu kalau petai memang tak pandang kiri kanan lah jawabnya..
Bahan-bahannya:-
Tempoyak
Cili api kampung - blender kasar
Daun kunyit
Petai - ikut nak letak banyak mana
5 ulas Bawang merah - blender kasar
3 ulas bawang putih - blender kasar
Ikan bilis - segengam blender kasar
sebesar ibu jari Kunyit hidup - blender kasar
Daun Kunyit - hiris
Bawang Besar - hiris bulat
Minyak untuk menumis
Air secukupnya ikut kepekatan korang nak
Garam / Gula secukup rasa
Cara-caranya:-
1.Tumis bahan-bahan yang blender kasar tadi. Tumis sampai naik bau.
2. Bila dah garing, masukkan 1/2 cawan air, tempoyak & petai. Gaul sebati.
3. Masukkan bawang besar hiris, garam dan gula. Dah rasa ok ikut kepekatan yang korang nak, barulah masukkan hirisan daun kunyit.
4. Dah rasa semua cukup, apa lagi. Angkatlah 😆Silalah makan dengan gembira ehhh..
9. RENDANG BETIK
Ada orang kenal tak nie lauk kampung apa nie? Hihihi... Mesti rasa janggal kan??
Nama IC asal dia Rendang Betik. Tapi kalau kat kampungnya di N9 tu dipanggil Ghondang Kepayo 😝😝 Makan dengan nasi panas-panas sedap nih!
Bahan-bahannya:-
Betik muda
Santan
Ikan bilis
Cili api (blend atau tumbuk)
Serai (ketuk sikit)
Kunyit hidup (blend) tapi kalau tak ada kunyit serbuk pun boleh je...
Kerisik
Cara-cara membuatnya:-
1. Betik muda hiris panjang-panjang ibu jari tu. Jangan nipis sangat nanti cepat lembik. Basuh dan toskan. Ketepikan.
2. Satukan dalam kuali santan, ikan bilis, cili api, kunyit hidup, serai, garam. Guna api sederhana. Kacau selalu jangan bagi taik minyak.
3. Masukkan kerisik tu, kacau bagi sekata. Masa ni kuah tu dah agak pekat.
4. Masukkan betik. Kena careful, jangan kacau beria sangat nanti hancur pulak.
5. Once dah agak-agak lembut sikit (ikut nak lembut betul atau ada krupkrap sikit 😁) , kuah dah kering (ni ikut suka nak berkuah ke nak kering betul), boleh dah tutup api.
*Ada versi2 juga. Ni yang paling basic. Kalau versi moden, orang letak udang. Versi kenduri kahwin orang letak tulang-tulang ayam tu, kaki, tengkuk dan sewaktu dengannya.
10. Masak lemak putih taugeh
Dah lama tak masak lauk
nie sebab lama dah tak beli tougeh, kalau orang Terengganu panggil camboh. Sedap sungguh makan lauk ning dengan Ikan goreng.. Jom ibu share resepi..
Bahan-bahannya:-
2 ekor ikan selayang (rebus sekejap)
5 biji bawang merah (tumbuk)
2 sudu besar Udang kering (tumbuk)s
1 kotak/ rm5 santan segar
taugeh secukupnya (lebih kurang singgit je)
2 keping tauhu (potong 4)
1 ikat sawi
1 tangkai Cili hijau (potong 2)
garam & gula secukupnya
Cara-caranya:-
1. Perisikan dahulu isi ikan selayang yang telah direbus. Ketepik dahulu. Air rebusan tu jangan dibuang tau, nanti letak dalam gulai untuk rasa yang lagi sedap..
2. Tumbuk bawang merah bersama udang kering dan isi ikan selayang hingga lumat.
3. Masukkan santan bersama bahan-bahan tumbuk tadi ke dalam periuk.
4. Masak atas api sederhana dan perlu terus mengacau kuah sehingga santan mendidih sedikit (bagi mengelakkan santan berketul-ketul).
5. Bila dah mendidih, kacau sekali biarkan mendidih lagi..
6. Bila dah mendidih 2/3 kali tue, masukkan tauhu, sawi n taugeh..
7. Masukkan garam, gula dan perasa secukupnya.
8. Biarkan sekejap dalam seminit dua, masukkan cili hijau yang telah di potong 2 tadi... Tutup api. Siap untuk di hidangkan..










0 Ulasan