Sebelum kita melanjutkan topik siapakah yang berisiko mendapat kanser serviks nie, kita tengok dulu dan teliti apakah jenis-jenis kanser serviks?
Terdapat 2 jenis kanser serviks, iaitu karsinoma sel skuamus dan adenokarsinoma. Jenisnya ditentukan oleh rupa sel-sel kanser di bawah pemeriksaan mikroskop.
Karsinoma sel skuamus bermula dalam lapisan sel nipis dan rata pada dasar serviks, dan ia merangkumi 90% daripada kes kanser serviks. Adenokarsinoma bermula dalam sel kelenjar yang melapisi bahagian atas serviks, dan ia merangkumi 10% daripada kes kanser serviks.
Siapakah yang berisiko mendapat kanser serviks?
1. Wanita yang mendapat jangkitan Human Papilloma Virus (HPV) yang tertentu.
2. Wanita yang mempunyai antara factor berikut berisiko untuk mendapat kanser pangkal rahim:
• Jangkitan HPV yang berterusan, khususnya subjenis berisiko tinggi
• Memulakan perhubungan seksual pada usia terlalu muda. (kurang dari 17 tahun).
• Wanita berumur 30 tahun ke atas
Jangkitan seksual.
• Mempunyai pasangan seks lebih dari 3 orang.
• Menghidap penyakit HIV.
• Sejarah seksual.
• Mengandung 7 kali atau lebih.
• Jangkitan kuman melalui hubungan seksual seperti ‘HPV’ (Human Papilloma Virus/wart virus).
• Kelahiran anak pertama sebelum berumur 17 tahun.
• Merokok.
• Klamidia, sejenis jangkitan hubungan jenis yang disebabkan oleh bakteria Chlamydia trachomatis
• Latar belakang sosio-ekonomi yang rendah.
• Penggunaan pil perancang keluarga lebih dari 10 tahun.
• Sejarah keluarga kanser serviks.
• Penggunaan jangka panjang kontraseptif oral.
• Sebelum ini didiagnosis dengan kanser di bahagian lain badan anda.
• Sistem imun yang lemah disebabkan masalah kesihatan yang sedia ada, seperti penyakit buah pinggang kronik.

0 Ulasan