Assalamualaikum semua kawan-kawan ibu.. Kita sambung balik perbincangan tentang Kanser Serviks.. Kali nie kita lihat pulak apakah punca kanser serviks nie terjadi..
Kanser serviks disebabkan oleh sel-sel sihat yang mula mengalami mutasi (perubahan dalam struktur DNA), menyebabkan sel-sel ini membiak secara tidak terkawal dan mengakibatkan jisim tumor.
Kejadian kanser serviks meningkat dengan jangkitan HPV, terutamanya HPV jenis 16 dan 18. Jangkitan HPV adalah jangkitan seksual (STI) yang paling biasa. Kebanyakan kes jangkitan HPV disebabkan oleh aktiviti seksual, kedua-dua hubungan seksual penetratif dan aktiviti seksual bukan penetrasi.
Kebanyakan jangkitan HPV tidak menyebabkan simptom fizikal; walau bagaimanapun, pada sesetengah orang, jangkitan ini boleh menyebabkan lesi pra-malignan yang boleh menjadi kanser serviks, dubur, vulva dan faraj pada wanita jika tidak dikesan dan dirawat. Sistem imun membersihkan jangkitan HPV dalam tempoh 2 tahun untuk kebanyakan orang, tetapi ini tidak selalu berlaku. HIV dan jangkitan seksual juga boleh meningkatkan risiko kanser serviks.
0 Ulasan