Cendol memang antara minuman yang digemari ramai. Letak pula 10 ulas durian… memang terangkatlah. Semangkuk cendol mana cukup. Mesti bertambah punyalah..
Di bulan Ramadhan, kebiasaannya cendol menjadi pembuka selera sebelum menjamah nasi.. Tengah-tengah berpuasa tu pun kadang-kadang terbayang cendol pun boleh hilang haus. Bagaimana rasa lemak manis tue serta sejuk membasahi tekak, kemudian kelazatan kacangnya masa dikunyah, di tambah pula dengan buah gabong..
Cendol asli sememangnya berasas dari santan dan gula melaka sahaja. Namun selepas itu, ia diubahsuai mengikut citarasa masing-masing.. Sekarang pelbagai jenis cendol yang ada di Malaysia yang boleh kita rasa kelazatannya..
Antara jenis-jenis cendol yang popular adalah seperti :-
1. Cendol biasa
2. Cendol jagung
3. Cendol pulut
4. Cendol durian
5. Cendol tapai
6. Cendol special
7. Cendol aiskrim
8. Cendol kacang pinggang
9. Cendol buah
10. Cendol kahwin
Ada pula yang menambah pelbagai perisa seperti:-
12. Cendol coklat
13. Cendol mangga
14. Cendol laici
15. Cendol oreo
16. Cendol nata de coco
17. Cendol jelly
Kelazatan cendol memang tak dapat nak di sangkal.. Memang betul-betul menyegarkan bila di minum time musim panas. Apa tunggu lagi, pergi dapatkan cendol di gerai berhampiran anda.
Hehehehe 😂😂.. maaf2 ibu gurau jerlah.. Ibu pun baru sudah makan cendol biasa tadi, yang dalam plastik tu, tu pun sedap yakmat..
0 Ulasan