Zoo Rimba Razia Tarikan Hulu Terengganu

HULU TERENGGANU: Kanggaru dan Alpaca antara 80 haiwan yang dipelihara di Zoo Rimba Razia dekat Kampung Dusun, Kuala Berang, Hulu Terengganu.

Setakat ini seramai 50,000 orang mengunjungi zoo berkenaan yang beroperasi 15 Julai lepas.

Zoo itu memelihara 80 spesies haiwan dengan berkonsepkan ‘patting zoo’ kerana pengunjung berpeluang berinteraksi termasuk memberi makan kepada haiwan.

Zoo tersebut juga menawarkan percutian berkonsepkan riadah dan santai kepada orang ramai yang ingin melihat pelbagai jenis haiwan yang unik.

Antara haiwan-haiwan yang terdapat di zoo itu adalah unta, alpaca, kanggaru, kuda, keldai, capybara, musang, ular, iguana dan pelbagai jenis burung.

Dalam pada itu, pemilik Zoo berkenaan iaitu Dato' Seri Zakaria Abdul Razak merancang untuk menjadikan zoo berkenaan lebih kondusif kepada pengunjung bagi memastikan mereka berasa lebih selesa dan berpuas hati dengan kualiti perkhidmatan ditawarkan.

“Kita mahu meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan kepada pengunjung bagi memastikan mereka sekali lagi datang ke sini setiap kali mengunjungi Kuala Berang atau Terengganu.

“Selain itu, pembukaan zoo ini juga membantu menghidupkan kembali Kuala Berang sekali gus merancakkan lagi sektor pelancongan dan pertumbuhan ekonomi penduduk setempat,” ujasnya

Kebanyakan haiwan tersebut dibeli dari luar negara seperti Eropah, Jepun dan Thailand serta mesra pengunjung, selain mudah dijaga. 

Apa tunggu lagi, jom lah korang semua datang CUTI-CUTI TERENGGANU.. Banyak lahi tempat-tempat menarik menanti Korang semua tau.. Nanti ibu share pada korang lagi di next story.. 

0 Ulasan