Nasi Sejuk VS Nasi Panas

Assalamualaikum dan selamat petang semua.. Petang ni ibu nak share pada korang pasal khasiat dari nasi yang dah sejuk. Mesti ada yang tertanya-tanya, betul ke nasi sejuk ada khasiat? Bukan ke nasi panas lagi sedap di makan?

Ada yang memang rela tak tutup suis periuk nasi semata-mata nak makan nasi panas-panas. Ada pulak yang bila nasi tu lebihan dari semalam mesti dah tak nak makan padahal ok jer lagi.. ( beras mahal sekarang tak boleh dah nak buat macam tu..😂) 

Jarang-jarang yang akan makan nasi sejuk semalaman dan sering kali diketepikan. Kebanyakan daripada kita lebih suka menikmati nasi panas-panas kononnya lebih berselera. 

Kalau anda nak tahu, nasi yang disejukkan akan berkurangan nilai kalorinya berbanding dengan nasi panas. Macam mana pula tu? 

Nasi yang sudah sejuk ini apabila bertukar menjadi resistant starch tidak akan menyebabkan insulin spike di dalam badan. Ia diproses di dalam perut lebih perlahan dan ada juga kebaikan prebiotik kerana ia cuma dapat diproses di dalam usus besar dan bukan di dalam usus kecil.

Resistant starch lebih bagus untuk orang yang mengalami diabetes. Untuk sesiapa yang nak turunkan berat badan lebih baik amalkan resistant starch sebab setiap gram kanji biasa ada 4 kalori kanji manakala resistant starch cuma ada 2 kalori kanji sahaja.

Makanan tinggi karbohidrat yang boleh bertukar menjadi resistant starch adalah seperti nasi, kentang, keledek, pasta – jadi ingat kalau nak makan benda-benda ni masak itu tapi jangan makan panas-panas, biar sejuk dulu atau simpan dalam peti sejuk dan makan keesokan hari.

Guna nasi sejuk buat nasi goreng esok pagi – itu pun bagus.. 

Mungkin satu hari nanti bila ramai yang sedar, mungkin restoran nasi campur pun boleh berikan opsyen nasi resistant starch kepada pelanggan (demi kesihatan bersama).

Tip: Nasi resistant starch apabila dipanaskan semula akan tetap ada resistant starch jadi jangan risau kalau nak panaskan semula nasi sejuk.

0 Ulasan