Maulidur Rasul 2023

Assalamualaikum semua kawan-kawan ibu.. Apa khabar hari ni? Semoga Allah memberi kesihatan pada korang semua. Hari ni semua orang cuti umum di semua negeri di Malaysia bersempena sambutan Maulidur Rasul 2023..

Setiap tahun bersamaan dengan 12 Rabiulawal semua umat Islam ternanti-nanti akan kedatangan hari yang cukup besar ini. Hari ini adalah hari yang paling bahagia dengan kelahiran Nabi Muhammad S.A.W.. Hari yang penuh makna kepada umat nabi Muhammad kerana atas kasih sayangnya pada kita semua..

Maulidur Rasul adalah hari yang penting buat umat Islam kerana ia adalah hari memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW yang kita kasihi. 

Nabi Muhammad membawa rahmat sekelian alam..

Di Malaysia, sambutan Maulidur Rasul merupakan antara amalan yang lazim diraikan sebagai salah satu usaha untuk mendidik dan mengingati Rasulullah SAW.

Selain diadakan perarakan yang diiringi dengan selawat dan puji-pujian ke atas Nabi Muhammad SAW, program yang lazim diadakan adalah majlis ilmu, forum perdana, dan pengisian yang berkaitan dengan sirah Nabi Muhammad SAW.

Program-program ini juga mendapat liputan secara langsung di televisyen, radio serta media sosial.

Selain menyertai acara ini, antara amalan yang boleh dilakukan oleh individu ketika menyambut Maulidur Rasul adalah berpuasa. Sepanjang hari ini, sebaik-baiknya kita di galakkan untuk terus berselawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad kita.

Ibu sekeluarga mengucapkan Selamat menyambut Maulidur Rasul pada semua umat Islam..

Jangan lepaskan peluang hari bahagia ini untuk kita semua berselawat kepada Rasulullah untuk membuktikan kasih dan sayang kita padanya. Sama-samalah kita berdoa semoga kita semua mendapat rahmat dan kasih sayang dari Allah dan Rasulnya.  

0 Ulasan