SEGAMAT: Kemalangan yang menyebabkan enam sekeluarga maut dan dua parah di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan, 5 hari lepas masih di wawarkan dan di viralkan. Setahu ibu, Ia berlaku berpunca daripada sebuah lori pasir hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta dinaiki mangsa.
Nie ibu bagi info kaji selidik sikit pasal hal yang berlaku nie.. Di maklumkan Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah, berkata kemalangan yang berlaku kira-kira jam 6.37 petang berhampiran loji Petronas itu membabitkan lima kenderaan iaitu kereta Honda HRV, PERODUA Alza, PROTON Wira, PERODUA Bezza dan sebuah lori Mercedes membawa muatan pasir.
Beliau berkata, mereka yang maut akibat parah di kepala ialah pemandu PERODUA Alza, Amir Ruddin Ismail, 46; isterinya, Norahimah Noor Muhamad, 43; anaknya Fatimatulzahrah, 17; Seri Khadijah Aqilah,13; Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5.
Katanya, seorang lagi anak Amir Ruddin yang juga penumpang kereta sama, Abdullah,15, dan pemandu lori sedang dirawat di Hospital Segamat akibat parah di dada dan badan.
"Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Honda HRV yang sedang bergerak dari arah Kuantan menghala ke Segamat memperlahankan kenderaannya kerana di hadapannya terdapat kerja pembaikan jalan raya.
"Ketika itu, sebuah lori membawa muatan pasir yang sedang bergerak dari arah Kuantan menghala ke Segamat dipercayai gagal membrek dan hilang kawalan lalu melanggar bahagian belakang Honda HRV terbabit dan sebuah PROTON Wira yang sedang berhenti.
"Lori pasir itu kemudian memasuki laluan bertentangan lalu merempuh kereta PERODUA Alza dinaiki enam sekeluarga itu yang menyebabkan mangsa maut," katanya di sini, hari ini.
Ahmad Zamry berkata, semua jenazah mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Daerah Segamat untuk tindakan susulan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Beliau berkata, polis turut meminta kerjasama saksi yang mempunyai maklumat kejadian itu supaya menyalurkannya kepada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Segamat (BSPTD) menerusi talian 079325811 atau balai polis berhampiran.
Sementara itu, tinjauan di Jabatan Forensik sehingga jam 8.05 pagi ini mendapati belum ada waris terdekat yang hadir.
Semoga Allah merahmati kita semua dari semua perkara2 yang tak elok.. Sesungguhnya setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya.. Walaupun pada pandangan kita nampak ia buruk akan tetapi is adalah perjalanan yang paling baik yang Allah telah tetapkan untuk kita semua.


0 Ulasan