Rakaman live dari stage1 ke stage2
Ibu sambung lagi rakaman live dari stage1 pagi tadi.. Boleh dikatakan semua orang berpusu-pusu di tepi jalan untuk memeriahkan lagi suasana pertandingan besar kali ini..
Semua murid-murid sekolah keluar dari pintu sekolah bersusun di tepi jalan sambil mengibarkan jalur gemilang dan berteriak memberi semangat. Diorang tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri secara langsung detik-detik bermakna hari nie.
Bukan sekadar Kanak-kanak, malahan semua warga kampung keluar berdiri di tepi jalan yang di lalui oleh penunggang basikal le tour de Langkawi hari ini untuk menyaksikan detik sejarah di Terengganu.
Semua orang betul-betul teruja dan ternanti-nanti dengan kedatangan Le Tour De Langkawi.. Seluruh pelusuk dunia menghantar wakil negara masing-masing untuk bertanding. Cukup meriah di rasakan oleh penduduk Terengganu kerana ia seperti sambutan hari raya besar-besaran bagi rakyat Terengganu..
0 Ulasan