Assalamualaikum semua kawan-kawan ibu. Apa khabar semua? Harapnya semua sihat sejahtera dan gembira selalu.
Hari ni ibu nak share satu resepi yang ibu dapat dari kawan ibu.. Insyaallah boleh bagi korang idea untuk buat makan-makan ataupun jualan.
Agar-agar Santan Gula Merah
Bahan-bahannya:-
- 1 paket agar-agar serbuk
* Kalau guna agar-agar tali, bagi dua yerr..
- 400ml air gula
- 500 ml santan
- 150gm gula merah/gula melaka ataupun campur keduanya
- 2sdm gula pasir
- Seketul gula batu, 1cm lebih kurang
- Secubit garam
1. Masak gula merah, gula pasir dan gula batu dengan air 400 ml, selepas itu tapiskan. Biar ia suam dahulu.
2. Bila dah suam, ambil secawan dan masukkan agar-agar tadi, kacau sebati dahulu, barulah campurkan ke dalam lebihan air gula tadi. Kacau dan masak sampai mendidih, baru tambahkan santan.
3. Kacau kejap-kejap bagi sebati, lepas tu biarkan ia mendidih, kecilkan api. Kacau sekali je, biar santan tu berketul-ketul, api still kecik yerr. Bila dah nampak berketul-ketul, matikan api, kacau perlahan je sekali sekala, bagi wap dia keluar.
4. Setelah itu, masukkan acuan. Acuan tu biar agak basah, saya celup ke dalam air kejap baru isi adunan.
5. Sejuk kan agar-agar nie.. Tak payah masuk peti ais pun takpe, suhu bilik je boleh tahan dua hari.
0 Ulasan