Setiap rakyat Malaysia pasti tidak akan melepaskan peluang untuk mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan atau Hari Kebangsaan 2023 di laman sosial masing-masing menjelang tibanya sambutan Hari Merdeka pada 31 Ogos.
Menjelangnya hari merdeka hari ini bukan sekadar hanya memberikan ucapan, peluang ini juga seharusnya kita ambil untuk menghayati erti sebenar kemerdekaan serta menanamkan semangat patriotik cintakan tanah air.
Ini kerana sebuah kemerdekaan itu bukan hanya setakat retorik pengkisahan sejarah semata-mata. Bukan juga sekadar melaungkan slogan MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
Tunjang utama mengingati kemerdekaan adalah memerdekakan diri sendiri dahulu untuk menjadi lebih baik untuk agama, bangsa dan negara. Jika sekiranya agama Islam kita terjaga insyaallah kemerdekaan Negara kita lebih bermakna.
Di kesempatan hari kemerdekaan Negara kita hari ini, ibu ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA YANG KE 66
Semoga kemerdekaan Negara kita kali ini lebih membawa makna kepada rakyat terutama golongan yang berpendapatan rendah dan golongan miskin.. Semoga Allah merahmati kita semua di dunia dan akhirat.
0 Ulasan