Sambal Ayam Petai

Assalamualaikum semua kawan-kawan ibu.. Malam ni ibu share Resepi terbaru ibu iaitu Sambal Ayam Petai.. Resepi yang ringkas, mudah dan menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di rumah jerr.. Ok, jom kita teruskan agenda kita.. 

SAMBAL AYAM PETAI


Bahan-bahannya:-

1/2ekor ayam (potong kecil2)

3 biji bawang besar (potong dadu/chopper)*

3 ulas bawang putih (potong dadu/chopper)*

1 sudu besar cili boh

2 sudu besar sos cili

2 sudu besar gula

1 sudu teh garam 

Sedikit kicap pekat 

Sedikit serbuk ketumbar

Sedikit serbuk lada sulah/putih

2 tangkai petai (potong 2 setiap biji. ikut citarasa korang, nak buang kulit ataupun tidak.

Air secukupnya.


Cara-cara membuatnya:-

1. First sekali ayam hendaklah dipotong kecil2, bersihkan dan toskan. Kemudian gaulkan ayam bersama garam dan serbuk kunyit. 

2. Goreng ayam hingga garing. Bila dah selesai menggoreng ketepikan dahulu.

3. Panaskan sedikit minyak dari gorengan ayam tadi. Kemudian masukkan bahan-bahan yang bertanda*. 

3. Tumiskan bahan-bahan tadi sehingga sedikit kekuningan dan naik bau.

4. Seterusnya masukkan cili boh dan sos cili, tumis sampai pecah minyak.

5. Setelah itu, masukkan gula dan garam secukupnya.

6. Kemudian masukkan kicap pekat, serbuk ketumbar dan serbuk lada sulah/putih. Kacau sampai rata.

7. Tambahkan sedikit air supaya tidak terlalu pekat. Kacau lagi.

8. Seterusnya masukkan petai yang telah di potong kecil2 dan gaul sebati.

9. Last sekali masukkan ayam yang telah di goreng tadi. Gaul rata sampai kuah melekat sempurna pada ayam. Tutup api dan sedia untuk di hidangkan.. 

0 Ulasan