![]() |
https://youtube.com/shorts/Puazd0ACqjI?feature=share |
Assalamualaikum dan salam sejahtera selalu.. Hari ni ibu nak share satu berita kematian yang di cemburui oleh semua orang..
Memang betul kematian itu pasti, akan tetapi husnul Khatimah tulah yang di idamkan semua sepertimana uataz ni mati dengan jalan yang begitu mudah Allah bagi untuknya.
Hari ni viral sebuah video yang memperlihatkan seorang jemaah asal Yala, Thailand di sebuah Masjid, di Mina, Arab Saudi, meninggal dunia saat memberikan ceramah kepada jemaah lain di masjid tersebut.
Melalui rekaman video tersebut kita dapat melihat bahawa almarhum sedang berpidato dalam sebuah upacara keagamaan di Mina.
Yang membuat banyak orang menangis dan terharu adalah ketika dia tiba-tiba terlihat seperti pusing dan ingin pingsan.
Namun, begitu dua jemaah lagi mendatanginya, dia terus terjatuh dan dinyatakan meninggal dunia di tempat kejadian. Tengok video penuh di bawah nie ⏬⤵️
Menyusul video viralnya yang kini sudah ditonton 2,9 juta kali, suka 259,7 ribu kali, dan dibagikan 19,8 ribu kali di TikTok, rata-rata warganet juga ikut berbela sungkawa dan berdoa agar almarhum ditempatkan bersama orang beriman.
"Biasanya pengakhiran kita mengikut apa yg kebiasaan kita lakukan..berbahagialah pd insan2 yg pergi dlm keadaan mengingati Allah"
Allahu... insya Allah husnul khatimah... kalimah terakhir beliau mengajak manusia ke arah kebesaran Allah.
Memang hebat rahmat Allah beri kepadanya. Sedang berkhutbah di padang Arafah, dalam suci tengah buat haji pulak tu.. Semudah tu malaikat maut ambik nyawa dia, secepat tu.
Ni yang kita sepatutnya kejar. Tak tahulah kita semua macam mana nanti. Oleh sebab itulah, selagi nyawa dikandung badan, perbanyakkan ibadah dan selalu ingat pada Allah SWT..
0 Ulasan