Ikan Masak Lemak Cili Padi
Mix Belimbing Buluh
Bahan-bahannya:-
2 ekor Ikan
5 ulas bawang putih *
2 biji bawang besar *
10 biji cili padi *
2 8nci halia *
4 ulas kunyit hidup *
2 kotak santan (kecul
10 biji belimbing buluh
Garam dan gula secukupnya
Cara - cara membuatnya :-
1. Kisar semua bahan-bahan yang bertanda * sehingga halus.
2. Kemudian masukkan bahan-bahan kisar tadi ke dalam periuk, tumis sampai naik bau.
3. Bila dah mendidih sikit, masukkan air secukupnya. Kacau rata dan tunggu sehingga menggelegak.
4. Apabila dah betul2 mendidih, masukkan santan, garam dan gula secukupnya. Kacau sekali sekala dan tunggu sehingga pecah santan.
5. Bila dah mendidih, masukkan ikan dan gaul perlahan2 supaya ikan tak hancur nanti bila dah masak.
6. Seterusnya masukkan buah belimbing buluh (hampir masak, warna hijau + kuning). Kalau korang tak ada boleh jer letakkan asam keping.
7. Last sekali ,perisakan dengan garam dan gula secukup rasa dan kacau rata dengan perlahan2. Tunggu sehingga masak.
Tadaa.. dah siap untuk dihidangkan
Untuk resepi penuh tekan link nie yerr..
0 Ulasan