Assalamualaikum semua.. Apa khabar? Harap korang semua sihat walafiat dan selalu dalam rahmat Allah.
Macam mana cuaca di kawasan korang? Panas terik ataupun hujan? Ibu kat sini, so far alhamdulillah tak terlalu panas macam baru-baru ni. Baru nie semua anak2 habis naik merah-merah dan getal. Orang tua Terengganu dulu panggil "cemam peluh". Kat tempat lain tak tahulah orang panggil apa.
Ibu terfikir nak tulis malam ni oleh kerana ibu tengok macam-macam kejadian bencana alam berlaku atas muka bumi ni duk lalu lalang kat media sosial.. Kita kat Malaysia ni alhamdulillah Allah masih jaga lagi kita dari semua kejadian buruk tu.
Warga Malaysia sepatutnya lebih bersyukur dan bersatupadu dalam menegakkan lagi agama Allah SWT. Kita sebagai hamba Allah, bukannya selalu mencari jalan untuk berpecah belah, dengki sesama sendiri, benci sesama sendiri, kutuk sesama sendiri dan sebagainya. Itulah sifat-sifat yang sangat di benci Allah dan Nabi.
Nilai sebenar agama Islam semakin tipis pada akhir zaman ini. Islam pada nama sahaja tetapi lihatlah hakikat yang ada, ramai yang terpesona dengan keindahan dunia yang hanya sementara.
Oleh itu, jom kita sama-sama bangkit mempertahankan Islam tanpa sempadan dari dalam diri kit. Dakwah pada diri sendiri dan terutamanya pada keluarga. Semoga Allah SWT selalu memberi rahmat kepada kita semua.

0 Ulasan