Tanda-tanda Gejala Strok Haba


Dalam cuaca panas dan kering seperti sekarang, semua orang dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar. Elak mendedahkan diri kepada cahaya matahari keterlaluan yang boleh menyebabkan strok haba.

Terdedah kepada sinaran matahari terik dan gelombang haba berterusan (lebih 40 darjah Celsius) boleh memberi kejutan kepada tubuh sehingga menyebabkan kegagalan pengawalan mekanisme penyejukan semula jadi tubuh.

Keadaan itu menyebabkan tubuh memberi reaksi tertentu termasuk pening, pitam diiringi muntah dan sebagainya yang merujuk ia sebagai serangan strok haba.


Antara gejala strok haba:

• Badan letih dan lemah.

• Rasa pening atau sakit kepala.

• Rasa mual, loya dan muntah.

• Peluh keterlaluan atau tidak langsung berpeluh dalam cuaca terik atau suhu persekitaran tinggi.

• Kekejangan otot.

• Nadi menjadi laju dan dada akan ketat.

• Mengalami hipotensi atau tekanan darah rendah.

• Pitam atau pengsan.

• Tekak kering dan rasa dahaga keterlaluan.

• Jarang membuang air kecil atau warna urin gelap berbanding biasa.

0 Ulasan