Sup Ayam Tanpa Sup Bunjut


Assalamualaikum everybody.. Hari ni ibu nak share satu resepi ringkas, mudah dan insyaallah sedap.. Kiranya guna jer bahan-bahan yang ada kat dapur.

Apa menu yang mudah tu?? Tak lain tak bukan seperti tajuk yang ibu tulis iaitu “Sup Ayam Tanpa Sup Bunjut”. Apa tunggu lagi, jom kita tengok resepinya..


Bahan-bahannya:-

1 Ekor ayam (sederhana)

3 Biji bawang merah (dihiris)

3 Ulas bawang putih (diketuk)

1 Biji bawang besar (belah 4)

1 Batang kulit kayu manis (belah 2)

3 Kuntum bunga lawang

3 Biji buah pelaga 

1 Sudu kecil ketumbar

1 Sudu besar gula 

Garam secukup rasa 


Cara-cara membuatnya:-

1. Panaskan minyak masak dalam periuk, letakkan semua bahan-bahan tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, ketumbar dan buah pelaga. Tumis sampai naik bau.

2. Kemudian masukkan bawang putih dan bawang merah. Kacau sehingga bawang naik bau dan sedikit layu. 

3. Setelah itu, terus jer masukkan air secukupnya. Kacau sebati terus masukkan garam dan gula secukupnya.

4. Bila air dah menggelegak, masukkan ayam dan kacau rata. Kacau sekali sekala. Biarkan sehingga ayam masak. Cubalah rasa, kalau tak cukup garam, tambahkan jer lagi sampai puas hatilah.. 

5. Last sekali bila dah tutup api, masukkan bawang besar yang telah dibelah 4 tadi. Biarkan seketika bagi bawang tu masak sedikit dan siap untuk dihidangkan.

UNTUK TOTARIAL RESEPI BOLEH SINGGAH DI YOUTUBE (IBU FATIHAH) 

0 Ulasan