BISKUT JEJARI OAT


Assalamualaikum semua.. Ibu doakan semoga kawan-kawan semua berada dalam rahmat Allah SWT selalu.. Malam ni Ibu just nak share kat korang resepi biskut sihat iaitu BISKUT JEJARI OAT.. Jom kita teruskan dengan resepi yang sedap dan lazat nie..


BAHAN A :

1 cawan butter/majerin

2 cawan tepungg gandum

2 cawan oat yg dikisar halus

3/4 cawan gula halus

3 sudu makan serbuk koko


BAHAN B :

* Susu tepung secukupnya


CARA-CARA MEMBUATNYA :-

1.Pukul butter/majerin dan gula sampai kembang, masukkan semua bhn A sedikit demi sedikit sambil pukul.. Tp klu dh jd doh stop la takut keras plak nnt... (Adunan memang lembut ya) 

2.Boleh la dibentukkan sesuka hati ya dan bakar selama 10-15 minit dng api 160-170(mengikut oven masing2)

3.Biskut yg baru masak lembut sedikit waktu panas... Sejukkan sekejap dlm 5 minit dah boleh gaul dng susu tepung... Sejukkan sepenuhnya dan simpan dlm bekas kedap udara.

0 Ulasan