Assalamualaikum semua teman-teman ibu.. Apa khabar semua? Harap korang semua sihat walafiat hendaknya..
Apa yang korang plan minggu ning ataupun bulan nie? Share lerr sikit pada ibu apa aktiviti keluarga yang korang dah plan? Ke korang belum plan lagi? Kalau korang nak idea untuk aktiviti keluarga, ibu boleh bagi cadangan kat korang.
Tiada yang lebih penting melainkan ahli keluarga, justeru, hargailah mereka dan lakukan aktiviti bersama untuk eratkan hubungan kekeluargaan.
Time macam inilah, korang nak rapatkan silaturrahim sesama anggota keluarga samada jauh dan dekat. Apatah lagi di musim cuti sekolah, bila anak-anak ada masa untuk kenal sanak sedara yang lain.
Ada yang kata, boleh jumpa semasa hari raya ataupun kenduri kendara, tapi bagi Ibu, jika korang mahu benar-benar eratkan ikatan sesama ahli keluarga, kena buat satu percutian khusus untuk keluarga anda sahaja. Serius, ia sangat berbaloi. Rancanglah satu percutian, paling minima 3 hari 2 malam untuk Hari Keluarga ini.
10 Idea Hari Keluarga Jadi Meriah
1. Solat berjemaah bersama
Nilai keluarga dan kestabilan rumah tangga ditekankan dalam hampir semua agama. Oleh itu, tidak menghairankan bahawa pandangan agama akan mempengaruhi hubungan kita dengan pasangan.
hadir ceramah di masjid dan solat berjemaah sesama ahli keluarga bukan sahaja membentuk corak yang sihat tetapi juga meningkatkan hubungan kekeluargaan. Apabila seseorang itu lebih beragama, mereka akan teragak-agak melakukan aktiviti yang dilarang.
2. Luangkan masa bersama keluarga
Selain daripada berdoa dan makan bersama, sebarang aktiviti yang dilakukan sebagai keluarga akan mengeratkan lagi hubungan anda. Sama ada aktiviti dalaman seperti membersihkan rumah atau aktiviti luar seperti melancong dan bercuti bersama.
Bagi meringankan beban ibu atau isteri yang kepenatan memasak, ayah harus membiasakan diri mendidik anak-anak. Kerjasama ibu bapa dalam mengemas rumah juga akan memberi contoh positif untuk diikuti oleh anak-anak.
3. Buat Cabutan Bertuah..
Cabutan bertuah hadiah mestilah best, barulah akan meriah. Buat satu cabutan bertuah untuk semua ahli keluarga. Modal itu pula dapatkan dari setiap satu keluarga, katakan RM50 atau RM30, jika ada 3 keluarga bermakna boleh dapat RM150. Beli satu hadiah best, dan tambahkan dengan hadiah-hadiah sampingan.
4. Buat Tukar-Tukar Hadiah
Satu alternatif untuk cabutan bertuah tadi, yang ini setiap ahli keluarga (ketua keluarga) sediakan satu hadiah untuk ditukar. Jika tak mahu keluar modal, boleh tukar hadiah dari benda-benda yang anda tidak pakai lagi dirumah, tetapi masih boleh guna.
5. BBQ/MAKAN-MAKAN BERSAMA
BBQ ni ibarat macam kenduri kecil-kecilan di mana semua orang boleh terlibat. Satu aktiviti keluarga yang santai dan boleh dilakukan secara outdoor. Nak lagi best, setiap dari satu keluarga sediakan hanya satu menu BBQ, tak kisah walaupun sama, tetapi rasa mungkin berbeza. Boleh juga bahagikan tugas semasa nak sediakan BBQ ni. BBQ mudah sebab ia senang nak buat. Tapi kena pastikan tempat penginapan anda ada kemudahan ini.
6. Menonton Filem Seram atau Lawak
Tonton filem seram atau lawak bersama semua ahli keluarga. Takut ramai-ramai. Seronok ketawa pun ramai-ramai. Best bila suasana akan tetiba jadi senyap, dan suasana jadi riuh rendah. Pilih cerita yang tidak terlalu berat, asalkan ia boleh ditonton semua orang. Saya suka bawa laptop dan sambungkan pada TV tempat penginapan menggunakan kabel HDMI.
7. Indoor Game
Ada macam-macam indoor game boleh buat. Cara paling mudah, beli je set permainan 12 dalam 1 atau 6 dalam 1 yang dijual di pasaraya. Boleh main ramai orang. Tak pun beli game board yang sedikit mencabar, macam Monopoli, Sahibba atau lain-lain. Boleh je buat tournament ringkas dan ada hadiah disediakan.
8. Outdoor bersama keluarga
Aktiviti luar bersama keluarga membina ikatan kekeluargaan di samping meningkatkan kesihatan mental dan fizikal. Perkelahan, sukan dan percutian adalah aktiviti yang menyeronokkan untuk dilakukan bersama keluarga.
Sama je macam indoor game tadi. Anda boleh cedok idea sukaneka kanak-kanak tadika yang mudah-mudah. Buat 2-3 game cukup, tak perlu banyak-banyak. Serius memang best jika semua ahli terlibat termasuk anak-anak yang bawah umur ... anda pasti tercuit tengok gelagat anak-anak ini main outdoor game.
Ada beberapa outdoor game cadangan saya:
1. Tiup belon sampai pecah.
2. Pass belon berisi air ke dalam baldi.
3. Isi air dalam botol guna span atau guna tangan.
4. Pass gelung getah guna straw.
5. Bawa gabus dalam sudu.
6. Cari duit syilling dalam tepung.
Cari gula-gula dalam rumput.
# Jejaki (ambil gambar) kenangan indah ini setiap kali meluangkan masa bersama.
9. Sembang Keluarga
Masa ni boleh kumpul ramai-ramai. Samada nak buat macam kumpulan atau buat terus the whole family. Kalau buat kumpulan, macam anak-anak kumpul dengan anak-anak, wanita dengan wanita, lelaki dengan lelaki atau buat je selonggok ramai-ramai kongsi cerita best-best yang berlaku sepanjang tahun. Mesti ada benda yang boleh diceritakan dan jadi bahan jenaka. Cerita seram pun boleh..
10. Hari Anugerah Keluarga
Kadangkala ada antara ahli keluarga yang dapat pencapaian yang boleh dibanggakan dalam keluarga. Contohnya dapat UPSR 8A, jadi tokoh pelajar dan sebagainya. Bagi galakan dengan berikan hadiah tertentu. Buat secara santai-santai je. Boleh adun dengan acara atau aktiviti lain, macam BBQ ke, semasa buat cabutan bertuah ke, tukar-tukar hadiah ke. Anak-anak ini akan seronok bila semua sanak sedara hargai pencapaian dia buat. Dan akan jadikan percutian hari keluarga anak-anak jadi semakin best buat mereka.

0 Ulasan