1. Berwaspada dengan tanda-tanda awal seperti suhu badan naik mendadak, denyutan nadi sangat cepat, tekanan darah rendah, muntah dan loya dan kepenatan melampau.
2. Banyak minum air putih elak dehidrasi seeloknya setiap 15-20 minit, minum air sekitar 2-3L sehari dan bawalah botol atau bekas air bersama -sama ke mana sahaja. Elakkkan minum air berais yang sejuk ketika waktu sangat panas.
3. Sentiasa lap badan dengan tuala basah terutama sekali bagi seesorang yang pekerjaan terdedah di bawah cahaya matahari. Lap badan terutama di muka, kepala,leher,celahan ketiak dan peha.
4. Kerap mandi seeloknya dengan air suam dan gunakan kipas atau penghawa dingin untuk turunkan suhu badan
5. Elak meninggalkan bayi, kanak-kanak atau warga tua di dalam kereta tanpa penghawa dingin dalam tempoh yang lama di bawah sinar matahari
6. Kurangkan aktiviti luar yang terdedah kepada sinar matahari terutama sekali pada waktu tengahari dari pukul 12 - 2 petang.
7. Mengambil vaksinasi terutama untuk bayi dan warga emas untuk elak risiko dijangkiti penyakit seperti influenza dan pneumokokal.
0 Ulasan