RAYA Pertama Aidilfitri 2023


Assalamualaikum semua korang.. Alhamdulillah kelmarin selesai hari raya Aidilfitri pertama 2023.. Korang semua beraya kat mana? Cuba komen.. Ibu macam biasalah, beraya bersama my family first barulah beraya kat tempat lain..

Raya2 ni lah macam2 ragam anak-anak kecil ni, yerlah kena paksa mandi awal untuk mandi sunat pagi raya & sembahyang raya.. Dengan nak makan minum lagi, kemas rumah lagi dan sebagainya.. Begitulah adegan ibu anak 9orang ni. 

Oleh sebab tulah tak sempat ibu pun nak update blog hari raya pertama.. Apapun kenangan beraya tiap2 tahun sekeluarga tetap di hati 💓 walau apa jua keadaan sekalipun.. 

Apa sekalipun dalam kita bergembira, perlu kita ingat bahawa raya ni adalah untuk kita bersyukur kerana Allah telah memberi peluang kita berpuasa sebaik mungkin di bulan Ramadhan.. Oleh kerana itu janganlah kita leka untuk kita terus kan semangat tu untuk berpuasa 6 (sunat bulan syawal) supaya kita lebih bersyukur.. 

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI KAMI SEKELUARGA. .


0 Ulasan