Mael XPDC Meninggal Dunia


Assalamualaikum semua teman-teman ibu yang dekat mahupun jauh.. Ibu doakan semoga Allah merahmati kalian semua, sihat sentiasa dan happy2 😁 selalu..

Hari ni ada berita menggemparkan di media sosial tentang kematian MAEL XPDC juga merangkap sahabat suami zaman sekolah dulu..

Penyanyi kumpulan XPDC, Syed Ismail Syed Ibrahim atau Mael, 55, meninggal dunia di Hospital Muar sekitar jam 9.30 malam tadi (Khamis, 27 April).

Khabar duka berkenaan disahkan anaknya, Sharifah Irfatasha, menerusi satu kiriman teks di WhatsApp: "Adalah dengan amat sedihnya dimaklumkan bahawa bapa saya meninggal dunia di Hospital Muar pada Khamis, 27 April 2023, lebih kurang jam 9.30 malam."

Pada masa sama berita itu juga dikongsik menerusi akaun Facebook pengurus kumpulan Slam, Johan Aziz, yang memetik pemberitahuan daripada pengurus kumpulan terbabit, Yazid. Perkara itu juga dikongsikan pengurus mereka, Yazid menerusi Facebooknya.

“Innalillahwainnailahirrajiun. Al-Fatihah penyanyi XPDC Syed Ismail Syed Ibrahim (Mael) menghembuskan nafas terakhir di Hospital Muar jam 9 malam tadi,” katanya.

Pada Ogos 2019, Mael pernah dilaporkan dikejarkan ke hospital selepas mengalami kesakitan dan tidak mampu bergerak. DI Hospital Muar juga, beliau menerima rawatan hingga keadaannya kembali pulih.

Sekitar 1990 sehingga awal 2000, XPDC yang dianggotai Mael, Izo, Zuar dan Amy berjaya mencatat penjualan album terbaik sehingga melebihi 100,000 unit. Jumlah itu tercatat menerusi jualan album Darjah Satu (1990), Timur Barat (1992), Kita Peng-Yu (1994), Brutal (1997) serta beberapa album kompilasi.

Dalam laporan Harian Metro, punca kematian mael belum dapat dipastikan lagi. 

Seorang anggota kumpulan itu (Zua) juga berkata beliau pun masih belum mendapat maklumat lanjut berhubung punca kematian.

Katanya lagi, Mael kebelakangan ini mengalami masalah semput yang agak kuat.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata, beliau turut berdukacita di atas pemergian penyanyi kesukaannya itu.

Fahmi berkata, beliau adalah peminat Mael dan antara lagu yang diminatinya adalah “Semangat Yang Hilang”.

Ramai peminat2 arwah yang terasa akan kehilangannya, entah kenapa dan apa yang Allah nak tunjukkan. Walaupun ramai yang pandang serong pada beliau ketika beliau hidup akan tetapi Allah muliakan saat kematiannya dengan waktunya pada hari jumaat dan jenazahnya dipermudahkan segala urusan. Apapun semuanya datang dari Allah dan kepada Allah jualah kita di kembalikan.. 

"Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal Soleh" 

0 Ulasan